Sunday, February 5, 2017

Kek Pisang Chiffon versi in a cup

Assalamualaikum...
Setelah hampir setahun CJ menyepikan diri daripada dunia blogging, kini CJ kembali dengan resepi-resepi "Sesedap Rasa Cik Jari".

KEK CHIFFON PISANG
(boleh menghasilkan 19cups yg seberat 30g/cup)

Bahan kuning:
113g tepung gandum*
1/4 tsp baking soda*
1/2 tsp baking powder*
(bahan bertanda * sila ayak bersama²)
1biji pisang raja masak ranum(dilenyek jadikan puri)
1/2 tsp esen pisang
3biji telur kuning
100g gula castor
75ml susu cair/susu segar/air
60ml minyak masak/jagung

meringue:
3biji putih telur
1/2 tsp garam halus
50g gula castor

CARA²
bahan kuning:
-Masukkan bahan kering yg telah di ayak ke dalam satu bekas besar/mangkuk pengadun. Kacau rata menggunakan hand whisk.
-masukkan telur kuning, gula castor,pisang lenyek, esen pisang, minyak dan susu. Kacau sebati dengan menggunakan hand whisk. Ketepikan.

meringue:
-masukkan putih telur ke dalam bekas yg bebas minyak. Masukkan garam halus. Pukul dgn menggunakan hand mixer sehingga berbuih. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sehingga bertanduk. (bila mangkuk diterbalikkan, adunan tak jatuh)

Langkah terakhir:
-masukkan meringue ke dalam adunan kuning sedikit demi sedikit. Kaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula...
Bila adunan dah sebati, bolehlah di sendukkan ke dalam cup. Bakar selama 30-40minit@sehingga masak pada suhu 17°C.

CJ topping kan kek dengan cheese kosong, cheese coklat dan sos coklat comot...In sya Allah sedap dan tak muak.