Thursday, March 31, 2016

Rezeki lain

Assalamualaikum
Harini layan bersembang dengan adik-adik sambil mengemaskan pakaian ke dalam beg.

"Maksu nak balik ke?"

"Haah." Ku balas pendek sambil tersenyum.

"Maksu tipu. Maksu nak pergi Kedah kan? Maksu buat apa kat sana?"Dia masih tak berpuas hati dengan jawapanku.

"Maksu nak belajar buat kek yang paling istimewa untuk abang." Ujarku sambil memandangnya.

Dia hanya sengih.

"Lepas ni, abang boleh lah tolong promote kek Maksu."...sambungku lagi.

Minggu lepas dia mintak sticker yang ada nama & nom telefon den. Den pon bagi je la tanpa banyak soal.

Tadi baru terperasan, stickers tu dilekat kat kiri kanan pintu pagar rumah dan pagar rumah.... hai la anak... sapa la yang nak mandang sticker kecik molek kat situ. Lagipun, maksu dah nak pergi, kalau ada orang rindu kek maksu, sapa yang nak buatkan?

Memandangkan den terlibat dengan biz makanan, den harus mendapatkan suntikan tifoid...Maka,tadi den pon pergi ke klinik bukan kerajaan yang berhampiran sebab bukan semua klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan suntikan tersebut. Caj perkhidmatan memang jauh beza la. Kerajaan RM20. Swasta RM95. Menggelabah jugak masa nak membayar sebab masa tanya pembantu klinik, dia kata rm55. So, den standby la RM60. Rupa²nya den silap dengar... Tapi malas nak nyesal. Den pujuk diri sendiri "in sya Allah nanti ada rezeki lain."

With love,
Cik Jari