Sunday, March 27, 2016

Mulut diam tapi tangan laju menaip

Assalamualaikum
Situasi 1:

"Nurul ni pendiam sikit. Susah nak dengar suara dia..."

Haha. Harini ade orang puji den pendiam padahal baru 3 kali jumpe den... Apa² pon den bersyukur sebab difahami.

Situasi 2:

"Maksu, bulan puasa nanti jangan buat kek ye. Abang tak tahan la dengan kek maksu ni. Sedap sangat. Tak boleh kalau tak makan."

******

"Haha..ye lah. Kamu lapar,sebab tu cakap macam tu. Okay, raya nanti baru maksu buat kek lagi ye."

Situasi 3:

"Makin gemuk kamu...kata diet.."

******
"Mana ada diet. Asyik makan je. Tak buat keje."

Wahaha..padahal aku memang dh start diet sket²... malam jarang² sangat makan. Anak buah aku pon selalu remind suh makan sayur je malam²... green tea tanpa gula jadi minuman harian. De masa terluang,kekadang lompat bintang atau mengayuh basikal...
Baju pon rasa mcm dah longgar sket. Hurm..maybe baju tu kot yg mengembang. Aku je yang perasan mengecik...haha...

Situasi 4:

"Dik,mak tak sedih ke?"

*****
"Kenapa kena sedih,kak?"

*****
"Anak bongsu nak pergi jauh."

Alhamdulillah. Rasa lega & lapang dada lepas jumpa & mintak izin daripada parents tadi. Hijrah ini kerana Allah... Semoga dengan keredhaan parents, akan jua diredhai Allah. Hijrah ini bukan suka-suka. Ada misi dan cita-cita yang aku ingin laksana...

Mulanya, salah satu faktor aku nak hijrah sebab nak hilangkan rasa kecewa. Well, even dah tua...rasa kecewa sebab perpisahan tu masih lagi terasa pedihnya... tipulah kalau tak rindu. Tipulah kalau tangan ni takde rasa gatal nak mendail nombor si dia. Tapi aku kena kuat. Move on... lagipon aku yang mengundur diri, takkanlah aku nak terhegeh² kat dia sebab rindu. Woha, bak kata dia..."rindu tu perasaan.perasaan tu boleh dikawal". So, aku memang sedaya upaya kawal...

Situasi 5:

Tadi aku sesaja pakai tudung labuh tahap maksima. Tudung tu aku beli masa sebelum mengajar kat sekolah agama. Tapi lepas dh abes kontrak,dah tak pakai dah tudung labuh tahap boleh buat telekung tu.

"Waaa..maksu pehal dah macam ustazah ni."

Mak mencelah,
"Eloklah pakai macam tu. Lagipun kan dia memang dah ada niat nak bertudung labuh. Sejuk rasa hati ni."

Aku sengih je. Ala...tudung je pon. Lagipun bukan nak g mana,cuma bawak anak² buah jalan² kat kawasan rumah. Tapi, memang pernah cakap dengan mak yang aku nak pakai tudung labuh one fine day secara istiqamah...

Situasi 6:

Nak kena buat medical checkup. Ala, malunya nak timbang berat depan doktor. Ye, I memang gemuk since 6 year old. I sorang je gemuk dalam family,so bile orang ejek-umpat-keji I gemuk,I tak boleh nak share my hurt feeling kat family members sebab takde yang senasib dengan I. Malah, kadang² mereka pon kecam saya dalam diam. Tapi, I tabah. I tetap makan ikut suka I. Hehe...

You all mesti rindu nak dengar I membebel kan? So, kali ni I bebel panjang sket.

Btw,kawan² I pernah jugak tanya "eh, tak teringin nak tulih novel ke?"

I jawab " teringin. Tapi,tunggulah I jumpe/dapat cinta sejati I a.k.a jodoh. Sebab setakat ni I tak pernah betul² rasa sayang/cinta...well,novel cinta kan selalunya happy ending... cinta I tak pernah sampai ke jinjang pelamin apatah lagi nak aim till jannah...."

In sya Allah, I percaya bahawa Allah takkan sia²kan hidup I. Dia yang uji kita, Dia juga yang hantar berita gembira buat kita. Kata kuncinya: sabar dan solat.

Sekian.