Monday, March 7, 2016

Kek Sepan Bercurah Lelehan Cheese

Assalamualaikum
Resepi ni yang CJ gunakan untuk buat kek yang CJ jual. Sebekas rm6. Sebijik kek boleh dapat dalam 13 bekas. Harga berbaloi sebab CJ bukan bagi customers kek yang hambar. Selain kasih sayang,CJ juga titipkan doa buat customer sepanjang proses membuat kek. Bukan sekadar fikirkan untung tapi lebih kepada ketulusan hati nak bagi customer makan hasil air tangan CJ yang mabeles...hehehe....
Bahan kek sponge:
Tepung sponge mix 500g
2 TBSP tepung jagung
8 biji telur
1 TBSP ovallete
250g air
250g minyak masak/minyak jagung
Perasa n pewarna (ikut kesukaan anda)
Cara:
Sediakan bekas besar/besen untuk mix bahan di atas (sebab CJ takde stand mixer).Panaskan oven pada suhu 180° selama 10minit.Api atas bawah.
1)masukkan telur. BUANG TALI PUSAT untuk kurangkan bau telur.
2)masukkan ovellete.
3)masukkan air.
4)masukkan tepung sponge mix dan tepung jagung.
5)Mix kan bahan² tersebut menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga gebu,kembang,ringan,sebati. ANGGARAN MASA 7-10minit.
6)Masukkan minyak. Kacau laju sehingga minyak rata dengan menggunakan senduk. JANGAN BEAT LAMA APABILA MINYAK DIMASUKKAN.
7)CJ selalu bahagikan adunan kepada dua perasa. Bahagikan adunan sama rata dalam 2 bekas berasingan. Masukkan perasa dan pewarna yg disukai.Anggaran perasa 1tbsp.pewarna 2-3 titis. Contohnya CJ buat kek perasa stobery dan perasa coklat.
8)Tuang setiap adunan dalam loyang yang berasingan. Bakar selama 30-35minit.Suhu 180°. Kalau oven beso, boleh masukkan kedua² loyang. Kalau tak muat, bakar satu persatu.
Sementara tunggu kek masak,boleh sediakan cheese versi cut cost tapi still mabeles.
Cheese Leleh meleleh:
500g cream cheese
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat( ikut tahap kemanisan yg anda suka)
1)Biarkan cream cheese agak lembut pada suhu bilik.
2)Putar/mix kan cream cheese.
3)Masukkan susu pekat
4)Masukkan susu cair.
Pukul sebati sehingga mesra dan tidak berketul.Sedia untuk di guna.
Cara nak assemble kek dalam bekas comey:
Bahagikan setiap kek kepada 2 lapisan.Potong mengikut saiz bekas.
Contoh untuk strawbery coklat, Cj akan masukkan kek coklat as base(letak memula sekali dalam bekas). Then, curahkan sedikit cheese leleh dan paipkan sedikit stoberi filling. Kemudian masukkan kek stoberi yg telah dipotong mengikut saiz bekas. LASTLY,CURAHKAN CHEESE MELELEH-leleh memenuhi ruang bekas. HIASKAN DENGAN COKLAT RAINBOW DAN STOBERY FILLING.
Doakan kejayaan CJ ye. Alhamdulillah, sejak ada kemahiran sikit² ni dapatlah kongsi ilmu dengan kakak-kakak. Bolehlah dorang menyahut seruan Ahmad Maslan dengan membuat 2-3 kerja selain kerja hakiki...Semoga dapat tolong orang lain jua...Sekarang CJ dalam proses belajar menjahit baju. HAHA, A bit boring rather than baking. Maybe sebab belum kenal dengan mesin jahit kan? Dah kenal nanti,dah biasa dating,mungkin akan jatuh cinta..kan?
Sekarang ni masih terkial² potong kain padahal just follow the pola..haha.. ape²pon YAKIN BOLEH.
Strawberry -coklat
Pandan-Coklat