Wednesday, March 23, 2016

Jangan Hampiri Zina

Assalamualaikum
Alhamdulillah.
Makin banyak yang aku belajar daripada kekecewaan demi kekecewaan. Nampak macam rugi banyak tapi sebenarnya masih ada untung.

Allah Maha Baik.
Allah Maha Kaya.
Allah Maha Tahu.
Sedangkan aku hambaNya
Yang Daif
Yang Lalai
Yang Jahil
Tapi
aku masih reti bersyukur.

Di kejauhan ni, terasa rindu nak menatap wajah mak yg semakin jauh di mata...

Mak,
Aku tak mungkin jadi anakmu yang sempurna sedang kau tahu 1001 kelemahanku.

Mak,
Terasa hancur hati ini tak dapat membahagiakanmu dengan wang berjuta.Malah kadangkala masih lagi meminta.

Mak,
Andai jarak dapat mendekatkan kita,aku rela menjauh dan terus menjauh sedang hakikatnya doa mengeratkan kita.

Mak,
Andai ajalku tiba sebelum jodoh menjemput, ingin sekali aku pergi dengan redhamu dengan penuh ketenangan.

Mak,
Ampunkan aku kerana aku tak seperti mereka yang kau bangga. Aku yang masih mengejar cita-cita, sering dicemuh manusia. Aku diam sambil hadam perlahan-lahan walau pahitnya terasa sampai ke hati.

Di dalam hati, sentiasa mengidam husnul khatimah di hujung nyawa nanti.

Malam ni, air mata turun mencurah-curah. Mengenang dosa pada mak. Pada bapak. Aku mengharap untuk difahami tapi aku lupa untuk memahami perasaan mereka. Akhirnya, aku yang tidak tenang dihimpit dosa.

Okay,sekian. Semoga esok dapat solusi yang lebih baik...Ameen