Friday, March 11, 2016

Cik Jari Bukan Nama Sebenar

Assalamualaikum

Harini ada budak mengintip di sebalik langsir bilik.
"Kenapa Maksu termenung. Jomlah tengok tv kat luar. Cerita dah nak mula dah."

OMG. Betapa bersyukurnya saya Ya Allah. Dikurniakan anak buah yang sangat mengalu-alukan kehadiran saya di rumah yang indah ini.

Asalnya,cuma menumpang bermalam sebelum pergi interview. Harini, dah hampir sebulan menumpang di sini. Segan dan serba salah sebenarnya sebab terlalu lama menumpang teduh di sini.

Alhamdulillah... dah menumpang, kena lah pandai bawak diri kan? Tolong apa yang patut...

"Maksu dah habis sekolah kan? Maksu dah boleh kawin la...bila maksu nak kawin?"... kesian betul dengan anak buah ni, dia tak sabar sebenarnya nak tengok maksu kawin. Dia kata, nanti mesti maksu dapat banyak hadiah.

Hurm... in sya Allah... Setiap orang ada jodohnya kan? Kadang² memangla ada perasaan bimbang,risau,segan bila memikirkan pasal hasrat/permintaan/harapan keluarga yang nak tengok kita bahagia bersuami. Tapi.....haha...banyak sangat tapinya sampai tak terluah...

Buat masa sekarang,doa dan harapan dipanjatkan sebanyak-banyaknya untuk berhijrah menimba ilmu. Insya Allah sangat berguna untuk kegunaan di peringkat seterusnya. Masing² ada cita² & minat kan?

Aku sangat seronok sebenarnya berbual-bual sambil bertukar-tukar cerita dan pengalaman dengan para usahawan homemade. Semoga kita dapat bertemu lagi.

Alhamdulillah, aku dah tak ciwek. Sejak nekad untuk move on, hati ini semakin kebal, kebas dan tenang. Nurul Hafizah memang dari dulu sering menjadi orang yang terakhir.. in sya Allah, yang terakhir lebih baik drp yang mula...doa yang sering bapak ulang untuk hiburkan hati aku. 

Sekian... Nurul Hafizah memang nampak macam tak serius tapi jangan mudah percaya dengan appearances yang huhuhaha itu... kelak kau yang akan termalu sendiri.