Friday, March 4, 2016

Asam Pedas ikan keli sesedap rasa Cik Jari

Assalamualaikum

Asam pedas ikan keli sesedap rasa Cik Jari

Bahan:
2 ekor ikan keli dikelar² dan digoreng garing.Jangan lupa tambahkan garam dan serbuk kunyit.

Bahan kisar:
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili hijau/cili kecil/cili padi
Sedikit belacan

Bahan sampingan:
2 kuntum Bunga kantan dipotong  kasar menyerong
Air asam jawa
Sesenduk cili giling puteri
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air

Cara masak:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar sehingga harum wangi dan layu. Masukkan cili giling. Biarkan seketika. Tambahkan air asam jawa. Biarkan sehingga agak pekat. Masukkan bunga kantan. Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.
(Tak berapa suke minyak2,so tumis ala kadar je takde sampai pecah minyak)...Curahkan kuah keatas ikan...