Saturday, January 16, 2016

Dugaan : Part A

Assalamualaikum
Hampir tiga tahun aku berusaha menyembuhkan diri daripada gangguan makhluk halus yang sangat gemar "mengganggu" hidupku.

Banyak kali aku berputus asa dalam hidup. Aku hampir² menamatkan zaman universitiku tanpa berijazah disebabkan terlalu tertekan dengan kegagalan demi kegagalan.

Terlalu panjang kisah hidupku untuk diceritakan dan aku tak berhajat untuk mendedahkan secara terperinci.

Tiga tahun lalu, aku ke Klang untuk bertemu seorang ustaz yang dikhabarkan boleh merawat penyakit mistik. Sekadar pergi untuk scan dan didapati aku tiada sebarang gangguan makhluk halus sebab tiada sebarang reaksi sewaktu ayat-ayat rukyah dibacakan.

Banyak tanda-tanda gangguan jin yang aku alami sewaktu sedar dan tidak sedar tapi penceritaanku ini lebih kepada bab hubunganku dengan lelaki sebab sekarang ni memang tengah berusaha untuk berkahwin. Hehe... Bukan gedik/menggatal tapi faktor usia dan juga harapan keluarga yg ingin melihat aku bahagia di samping orang yang menyayangiku.

Aku bukan pemalu tetapi aku pendiam di zaman persekolahan mahupun zaman kolej/uni. Ramai yang menggelarku sombong. Dipendekkan cerita, I accidentally in love dengan seorang mamat Pantai Timur sewaktu zaman kolej dan berlanjutan hingga ke zaman uni. Yes. I memang setia. Tapi... ada satu perkara yang membuatkan I pelik. Tiap kali someone approach me to be his wife... I selalu mengalami kejadian pelik. Memula I rasa normal maybe sebab I tak ready. Sokay...Dipendekkan cerita lagi we all breakups. Dia dah kahwin n dapat anak dah. I'm happy for him. At least dia bahagia even bukan dengan saya.

Then after breakups, someone approach me via phone call. Kitorang kenal agak lama la jugak. Since 18. Dia bagi tempoh seminggu untuk kami sama-sama istikharah. Sepanjang tempoh seminggu tu we are not allowed to contact each other and dia janji nak datang merisik khabar during Hari Raya. I told my mum and the news spread so fast among the family members. Huhu. Dipendekkan cerita, selepas tiga hari beristikharah, I terus bagi jawapan NO sebab since the day 1 of istikharah, I rasa berdebar-debar tak tentu hala. Mimpi pelik-pelik. Kena 'tindih' masa tido.He tried to pujuk me but I refused and end up dengan tukar no phone...

Then I terjatuh suka dengan someone yg kawan I kenalkan via fb.Setiap kali we all sembang via phone, tetibe je badan menggigil-gigil sehingga berlaga-laga gigi atas dan bawah & I terpaksa diam for awhile sebab tak boleh nak cakap dengan keadaan diri yg menggigil-gigil. 

Memula I tak suspect semua ni as gangguan sehinggalah I refer to darussyifa'.

Masa hari pertama tu, ustaz kata I agak agresif. Dengan mata terbeliak masa ustaz bacakan ayat² rukyah. I sedar but I couldn't control myself. Masa ni mak yang nangis tengok I.

Second time, my parents was sitting jauh sikit daripada saya & ustaz. Ustaz ask me a few questions. Dia tanya dah kawen ke belum? Bila I jawab "belum", ustaz tanya macamana hubungan saya dengan kawan-kawan. Saya kata okay je. Bila ustaz tanya pasal hubungan dengan kawan lelaki. I terdiam sekejap. Then I pun ceritalah.
"Ustaz,bila kami bergaduh...saya selalu berniat nak pujuk...nak berdamai. Tapi, selalunya benda lain yang terjadi. Kitorang makin gaduh teruk. Makin besar salah faham dan akhirnya hubungan kami terputus."

Ustaz terangguk-angguk  dengar cerita I. Sebenarnya malu nak bercerita tapi disebabkan nak sihat ,I pon cerita la.

Then ustaz cerita pasal jin jatuh cinta dengan manusia. I really takut sebenarnya...sebab natijahnya sangat negatif. 

2016: Tahun ke-tiga berubat. Macam-macam dah kaedah rawatan yang I cuba. Mereka perkatakan hal yang sama. Gangguan. Sihir. Saka. 

Pernah juga termengalir air mata bila perawat bagitau someone nak tengok saya jadi bodoh.(kesiannya saya.dahla memang bodoh.Nak dijadikan bertambah bodoh pulak...)Dipendekkan cerita dia taknak tengok saya berjaya..(saya memang tak pernah berjaya pon..buat ape lah nak dengki kat saya)...
Tapi yang paling menakutkan bila perawat tu kata, orang tu suka saya...

I really want to get married. Nangis² saya mintak dan mengadu pada Allah. Saya nak kawin... Saya taknak hidup sorang-sorang. Tapi, perasaan takut dan rendah diri yang terlalu tinggi menyebabkan saya seolah-olah mengelak daripada memikirkan tentang kahwin. Tapi....saya dah pergi kursus pra-perkahwinan... 

hehe... saya selalu terfikir, ada ke lelaki yang boleh terima saya dan segala kekurangan saya... mood saya sering berubah-ubah. Ada ke lelaki yang boleh sabar melayan karenah saya...

Saya harap saya akan sembuh. Buat masa sekarang, saya amalkan mandi air garam bukit sebelum Subuh. Di samping itu, saya juga menggunakan gel mandian bidara... 

Banyak sebenarnya duit yang terkorban padahal hajat hati nak menyimpan duit untuk kahwin. Tapi, biarlah berikhtiar untuk sembuh dahulu... Sedangkan family members pon kadang-kadang fed up dengan saya yang kerap berubah emosi ni apatah lagi lelaki yang baru mengenali saya... 

Saya kena sembuh. Saya kena kuat.Saya nak kahwin :) ALLAHUMMA AMIINNN...