Wednesday, January 20, 2016

Perjalanan ini harus diteruskan

Assalamualaikum
I told my best friend... I want to makan hati sampai kurus macam Fasha Sandha.

Haha.
Unreasonable.
Sengal.

Hakikatnya,
Den mane pernah takde selera makan.

Perawat pernah tanya,
"Hang tau dak kenapa badan hang besar?"...

Den jawab sambil gelak²,
"Sebab makan banyak kot ustaz."

Dia geleng sambil buat muka penuh misteri.

Bulan lepas, buat rawatan susulan dengan ustaz yang sama.

Dia tanya,
"Hang kenapa ni?"

Den jawab,
"Kena kacau lagi la ustaz. Masa tido."

Dia balas,
"Kena kacau macam dalam cerita P.Ramlee ketuk² botol tu ke?"

Den senyum je sebab memang  tak reti nak balas apa.

Lepas habis rawatan,
"Hang ni kene kacau dengan orang kampung gak ni."

Kesimpulannya: ustaz ni macam tau "something" tapi dia tak cerita detail.

Aku takkan mengalah sebab ada insan² lain yang perlukan semangat dariku untuk hadapi ujian yang lebih teruk daripada aku dan membuatkanku tersangat bersyukur dengan ujian yang kecil ini.

Ye, mungkin aku pernah mengalah-hampir mengalah tapi akhirnya aku bangkit atas kesedaran sebagai seorang hamba untuk terus kuat menghadapi ujianNya.

Ye,secara totalnya aku belum berjaya sepenuhnya dan aku takkan menzalimi diriku sendiri dengan terlalu mengharapkan keajaiban. 

Tapi yang pasti sesuatu yg berlaku itu memberi pengajaran berguna buat aku... yang paling sangat aku perlukan ialah Support System...

Sekian.
Bai.