Sunday, November 22, 2015

Senyum tanda nak bahagia

Dari dulu, aku selalu fikir yang aku ni tak layak demam, tak layak sakit, tak layak nak mengada-ngada sebab takkan ada siapa pun yang akan endahkan aku.
Tapi, aku sangat silap. Aku manusia dan bukan robot. Ada saatnya, aku akan demam,sakit, penat dan rasa tak larat. Solusinya, aku akan diam sepanjang hari atau pergi ke klinik atas inisiatif sendiri. Yup, aku anak bongsu...tapi alhamdulillah, Allah ajar aku untuk belajar banyak perkara melalui pengalaman hidup yang langsung aku tak minta mahupun bayangkan.
Bukanlah bermakna aku ni bagus tapi sebenarnya kejian/kecaman orang tu yang membuatkan aku bangkit. Mulanya, aku akan rasa hopeless sangat selepas dikecam. Tapi, selepas tu aku akan bangkit menidakkan kecaman tu. Orang lain cuma kenal kita 30% walaupun orang tu adik beradik kita sebab kita manusia, boleh berubah...Kita jangan buruk sangka kat orang, kalau orang buruk sangka kat kita, itu pahala buat kita..terima je.Buat saham kat sana nanti.
Aku ada kenal sorang mamat ni. Dia anak bongsu. Muka memang nampak ganas. Tapi dia kata, dialah orang yang paling susah nak marah. No wonder lah budak-budak suka kat dia. Lagi pulak dia memang seorang cikgu. Sesuai sangatlah tu...tapi pada hemat aku dia seorang yang tegas. Dia kata, dia suka pendam rasa. Ohh, sama lah macam aku. Kebetulan aku jugak anak last. Bezanya adik beradik dia cuma tiga orang sedangkan aku ada 10 orang adik beradik.
Parents aku jenis suka suruh aku mintak pandangan abang-kakak sebelum buat keputusan atau sebarang tindakan. Ada 9 kepala...tu belum termasuk pandangan ipar-ipar... huhu, memang patut la aku pendam rasa kan? Kalau kene hentam, bukan ada sapa nak back-up pun. Menangis lah sorang-sorang sambil tekup bantal lepas tu tertidur sebab letih sangat tahan sedu sedan.
Kesimpulan 1:anak bongsu suka memendam rasa sebab banyak hati yang kena dijaga.
Tapi, sejak akhir-akhir ni aku jadi kurang makan hati, lebih banyak makan buah-buahan yang kaya dengan sumber vitamin...(hehe)
alhamdulillah, aku yakin dengan jalan yang aku pilih ni. Walau sebenarnya pandangan aku terlalu berbeza dengan pandangan orang lain yang kononnya dah berjaya sungguh. Allahu akbar. Aku tak pernah usik hidup dia, malah aku sendiri yang rela hati nak mudahkan urusan dia... memandangkan aku pikir yang aku nakkan keberkatan hidup melalui keikhlasan hati, maka aku senyap sunyi malas nak berbahas tentang inisiatif yang aku ambil ni...
As long as mak meredhai, dan masih sudi mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku, itu dah cukup untuk aku terus bangkit menepis kata-kata kecaman daripada orang lain...
Wuu, i'm on my way to proceed my journey to the next level. Susah weh sebenarnya bila takde partner. Kadang-kadang rasa tak larat dengan masalah emosi mahupun masalah luaran. Tapi, kena maintain senyum. Cikgu Giat yang ajar aku jadi tabah. Sehari je aku nangis beriya masa kat GMP. Tapi lepas tu aku bangkit. Aku buat sungguh-sungguh walau sebenarnya rasa cuak giler bila kena hadap muka cikgu. At the end, cikgu nampak usaha aku... Aku bukan teruk yang macam cikgu sangka. The best part is bila cikgu peluk aku. Cikgu kata "you are one of my best student"... Even aku tak harap langsung penghargaan manusia, at least aku dah yakinkan cikgu bahawa setiap manusia boleh berubah dan layak diberi peluang.
Dalam soal percintaan, akulah manusia yang paling gagal. Bukan takde orang yang aku suka n sayang. Tapi, aku kerap kali mengecewakan. Bukan aku tak teringin bersuami,tapi aku selalu berprasangka bahawa aku ini tak layak langsung dijadikan isteri. Aku nak sangat ada keluarga sendiri... Banyak pahala menanti isteri yang taat perintah suami kan? For the time being, aku berusaha jadi anak yang solehah untuk parents aku....
Terima kasih pada yang sudi membaca. Doakan kejayaan ku di sini dan di sana ye... Doakan juga aku segera sembuh...