Monday, November 9, 2015

Sebarkan bahagia

Den rasa...kelemahan den yang paling nyata adalah ketidakberanian memandu kereta... theoretically, I know how to drive but practically I failed to drive.
Beberapa minggu lepas, ada kawan order kek harijadi. So, I suggest la kek coklat indulgence rather than kek coklat biasa dengan harga yang sangat murah iaitu rm50(kos penghantaran percuma). Kek dibuat dengan penuh kasih sayang dan penuh pergantungan kepada Allah dengan harapan dapat memuaskan hati pelanggan sebab duit dah dibayar sebelum kek disiapkan. Alhamdulillah atas kepercayaan dan sebolehnya taknak mengecewakan.
Kek dah siap. Tapi, takkan nak deliver naik motor? Rosak kek nanti. So, terpaksalah text kak ipar dengan perasaan malu yang menebal untuk meminta tolong supaya dapat menghantar kek kepada customer...
Alhamdulillah dapat kak ipar yang memahami dan memberi galakan... alhamdulillah kek selamat dihantar kepada customer dan customer puas hati dan customer sebarkan kepada kawan-kawan yang lain dan minggu berikutnya dapat lagi order dan minggu seterusnya  customer repeat order... syukur alhamdulillah...
Secara jujurnya, den masih amatur. Bab decorating kek,den memang lemah...selalu kene kecam dengan family member..sebab tu den tak berani demand harga tinggi. Lagipun cikgu GiatMARA pernah pesan, pada peringkat permulaan ni banyakkan bersedekah...jangan berkira sangat dengan customer...dapat untung sikit je pon takpe... means that pada peringkat awal ni memang den tak pikir untung sangat... just praktis untuk lembutkan jari jemari n build confidence...
Agak berbeza dulu dan sekarang.. dulu terpaksa bercuti untuk siapkan tempahan kek sebab perlukan banyak masa untuk tenangkan diri dan ambil masa untuk fikirkan hiasan kek. Sekarang ni alhamdulillah lebih relaks n den buat derk je bile adik-beradik kecam hasil kreativiti den menghias kek... yang penting den yakin dengan hasil kerja den... in sya Allah sedap sebab den pilih bahan-bahan yang berkualiti...
Sekarang ni buat biz sambilan je tapi den memang berhajat nak buat secara sepenuh masa... so, den memang kena berani memandu sebab den memang tak suka berharap kat orang lain untuk bergerak kemana-mana... kampung den ceruk beno, tak dapatlah nak tahan teksi mahupun bas untuk ke pekan membeli barang mahupun menghantar order...so..saya mesti belajar memandu sebab saya dah dapat kereta secara percuma..sangat rugi andai saya lepaskan kemudahan yang diberi ini...
Masa bday den yang baru je berlalu, kami (siblings perempuan) buat experiment kek black forest... resepi cari kat Google... Buat kek jadi mudah bila dah faham teknik dan kena timbang bahan betul-betul. Masa kat Giat dulu, bila ada group yang produknya tak menjadi,senang je cikgu detect puncanya... mesti sebab salah timbang bahan... alhamdulillah masa kat Giat dulu, dapat ketua kumpulan yang veteran yang cerewet yang proper yang membuatkan group kami selalu dapat markah tinggi yang membuatkan den pon terikut2 dengan cara kerja beliau yang teliti. Berbalik kepada kek bday den, rasanya sangatlah sedap dengan kos yang berpatutan...
Minggu lepas, kami buat kek chocolate indulgence ditambah hirisan pisang berangan...kali ni akak-akak yang excited...den tolong monitor je...berkongsi resepi dan idea dan ilmu banyak manfaatnya...hati rasa lebih bahagia sebab dapat sebarkan manfaat...
Next, akak nak suruh demo cara buat kek keju yang kawan-kawan den suke beno. Bukan setakat kawan je, malah mak kepada kawan pun suke beno kek den tu... padahal itulah pertama kali den buat kek yang selama ni den geruni sebab takut bertambah gemuk... so, sebagai langkah berjaga-jaga den wakafkan kek keju percubaan pertama tu kepada rakan sepejabat. Satu opis dapat makan termasuklah bos yang den segani.
Korang dapat rasa tak betapa hepinya den bila dapat sebarkan bahagia n gembira melalui makanan?? Mak den bukan mandang pon degree yang den ado, beliau lebih gembira bila den reti masak...reti buat kek...biskut...roti... tapi bakal mak mertua den suka ke kat den???