Sunday, July 19, 2015

Dunia oh dunia

Kadang-kadang rasa serabut dengan orang yg banyak cakap pasal topik duniawi semata tanpa diselitkan unsur-unsur mengingati mati mahupun memperlekeh orang lain tanpa sedar kain sendiri terselak sampai ke peha...

Aku diam bukan sebab sombong tapi takde perasaan nak mencelah tentang topik yg tak membina imaginasi cemerlang...

Haha...lebih baik sembang dengan makcik-pakcik...Tanya tips macamana nak tambat hati suami...macamana nak jadi insan yg penyabar...macamana nak masak kari...

Okay...sekarang ni aku tengah dengar abang aku bagi tazkirah tentang "jangan cepat buruk sangka"... Kita tak tahu masa depan kita, jangan burukkan masa silam orang lain... Hidayah milik Allah...sekelip mata orang boleh berubah...