Wednesday, December 3, 2014

Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku!

Kelakar!
Itu yang aku rasa.
Setelah kami "berpisah", timbul gosip bahawa kami akan bertunang.

Yeah, aku memang teringin sangat menjadi tunangan orang tapi disebabkan kondisi aku yang masih belum benar-benar pulih, aku simpan je niat suci murni tu. Ku sedar bahawa belum masanya untuk aku mengecap bahagia yg sedemikian rupa tapi sekarang ni pon aku masih bahagia di samping insan-insan yg aku sayangi.

Ku khabarkan pada kawanku yang baik supaya sampaikan cerita yang benar dari pihakku kepada si penyampai "cerita bahagia"...

Dia baik. Tapi aku bukan yang terbaik buatnya... Kami tak bergaduh. Anggap saja jodoh kami sekadar berkenal dan berkawan tapi bukan sebagai pasangan hidup... Tak semua perkara dapat aku cerita. Cukup sekadar itu...

Mati itu tersangat hampir. Aku mahu pengakhiran yang baik... Khusnul khotimah... Hidup single, tanggungjawabku berkurang sedikit berbanding hidup berkahwin. Tidak™! Aku bukan menolak perkahwinan cuma aku berfikir dari sudut yang positif seorang yang sakit tenat.