Monday, December 1, 2014

Doa orang yang teraniaya

Assalamualaikum

Aku punya paras yg sederhana dengan bentuk tubuh yang sangat tidak menarik dan aku sangat bersyukur dengan kejadian ini kerna aku fikir tiada siapa akan mencemburui aku.

Tapi, aku silap kerana aku tidak sedar bahawa aku masih punya banyak kelebihan rupa-rupanya sehingga ada orang yang terlalu berusaha untuk menjatuhkan aku walau hakikatnya aku sudah acapkali jatuh tergolek-golek namun tetap berusaha bangkit demi tuhanku...

sedih. Tapi sampai bila perlu menangisi takdir ini? Aku masih punya senjata yang amat hebat yakni DOA: DOA orang yang teraniaya...