Sunday, November 23, 2014

Tuhan, jaga dia untukku...

Assalamualaikum

Tanda-tanda Allah mengkabulkan doa kita ialah apabila kita mula berusaha...

Doa.
USAHA.
Tawakkal.
In sya Allah berjaya.

Allah tak nilai kita dari hasil kejayaan kita tapi Allah nilai usaha-usaha kita...

****
Thanks bapak sebab cuba untuk memahami anakmu ini. Mak juga akur dengan pandangan bapak...

Air mata mengalir, hatiku pilu...

Aku ada cita-cita dan mereka merestui.

****
Semalam, ada orang suruh aku belajar memasak sementara ada waktu terluang. Aku diam. Bapak je yg tolong jawabkan. Haha... My bapak know me better than others... So, kalau nak "kawan" dengan aku, memang aku terus forward call ke bapak. Talk to him...

Tapi setakat ni, bapak tak pernah fully "accept"... Ada sahaja perkara yang aku perlu reconsidered... Sebenarnya aku yang demanding atau parents aku? I guess, you know the answer.

Kadang-kadang mungkin ada perkara yang aku
"tak nampak" tapi mereka "nampak". So, aku pon move on walau perasaan sayang aku masih ada pada orang yg berkenaan... Bukan senang nak memutuskan hubungan disaat hati masih ada perasaan sayang... Lebih-lebih lagi disaat umur dah selayaknya bernikah.

Tapi, aku anak.Aku adik. Pasanganku nanti bukan setakat berkahwin dengan aku malah dengan seluruh ahli keluargaku. Aku mahu win-win situation agar semua orang yang aku sayang boleh hidup bahagia.

In sya Allah. Semuanya akan indah dan mudah bila tiba saatnya... Saya percaya pada qada' dan qadar Maha Pencipta...