Friday, November 21, 2014

Sarapan jiwa

Assalamualaikum
Memerhati. Itulah cara aku belajar. Bak kata mak: rumah Kakak/Abang mana yg kamu tak pernah menumpang teduh? He he... Dah macam orang nomad. Berpindah-randah... Konon-konon berhijrah untuk berjaya tapi mungkin belum masanya berjaya...

Berbalik pada cerita tadi, aku sangat respek pada abang/ Kakak aku sebab dorang tidur lambat tapi bangun awal. Ada yang Subuh berjemaah di surau/masjid. Lepas tu, bancuhkan air untuk anak-anak sebelum ke sekolah...

Anak adalah amanah Allah. Kena jaga dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar beri makan secukupnya kerana anak beruk di hutan juga disusukan ibunya...Manusia dikurniakan akal fikiran, maka makanan jiwa juga diperlukan supaya akal berfungsi dengan lancar...

Rabbi yassir wa la tu 'assir.

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat. Begitu juga zuriat keturunanku...

******

Hari ni, menu sarapan roti sardin goreng tepung. Ha ha, teringin sejak semalam. Malam tadi, Google resepi tapi semuanya menyusahkan hidup, so guna resepi ikut citarasa sendiri. Semalam buat puding jagung, instead of santan, tambah whipping cream dalam adunan, the pudding so Yummylicious... Alhamdulillah, mak bapak kenyang, hati den senang. ;)

Sebelum mengidam dapat anak yang baik, ku mahu berusaha jadi anak yang baik...