Wednesday, October 1, 2014

Oktober yang gemilang

Assalamualaikum
Selamat datang bulan Oktober...

Terima kasih wahai insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku lalu pergi meninggalkanku...

Aku takkan pernah salahkan kalian... Sudah ditakdirkan setakat itu saja hubungan kita. Mengapa perlu kalian yang dipersalahkan...

Tiap insan yang pernah hadir dalam hidupku, memberi banyak kenangan dan pengajaran berguna buatku...

Aku tahu dan sedar, kegagalan dalam setiap perhubungan kebanyakannya berpunca daripada kelemahan aku sendiri...

Aku cuba perbaiki dalam setiap perhubungan yang baru terjalin. Aku belajar merendahkan ego. Aku belajar memahami sikap lelaki.
Tapi,
kiranya terputus jua hubungan itu, aku belajar merelakannya kerana aku masih belum mahir memujuk rayu hati insan yang bergelar lelaki...

Ku berharap Oktober memberi sinar gemilang dalam hidupku... Membangkitkan semula semangatku yang telah mati sekian lama...
Aku ingin menjadi apa yang perlu aku jadi...

Selamat tinggal Semenyih dan kenangan indah yang penuh kasih sayang...