Wednesday, September 3, 2014

Wake me up when September end.

Assalamualaikum.
Welcome September. Dah hampir tujuh bulan aku menumpang teduh di rumah Kakak. Alhamdulillah, aku sangat serasi di sini dan seboleh mungkin, aku ingin mengelak daripada berlakunya salah faham antara kami. Mak selalu pesan supaya jaga hubungan dengan adik-beradik, kalau perlu mengalah untuk menjaga silaturrahim, maka mengalahlah... Walau aku masih sendiri, banyak bekalan nasihat yang tersemat dalam minda dan hati..cuma kadang- kadang bila emosi menguasai diri, logik akal dah tak berguna lagi...

Minggu lepas, aku dah menyakitkan hati orang. Tapi, aku masih berpegang dengan keyakinan yang teguh bahawa segala yang terjadi atas rancangan Allah. Maka, aku malas nak memikirkan sangat isu itu dan rela dituduh dan dimarah sekalipun. Aku memang tak mampu jadi perempuan sweet untuk lelaki yang masih belum menjadi sebahagian daripada hidup aku secara sah. Selagi itu, bapak lebih berhak ke atas aku...dan aku harus menjaga diri dan maruahku. Maaf, kalau prinsip hidup kita berbeza. Tapi, inilah diri saya.

Ya, bapak jauh. Bapak tak nampak apa -apa yang aku buat. Tapi, Allah dan para malaikat kan ada...

Alhamdulillah juga aku dikurniakan kawan-kawan yang masih mengambil berat pasal solat. Walaupun kami sempoi-huhu-haha- tak masuk campur hal orang lain- tapi kami solat. Aku yakin dan percaya, selagi mana seseorang itu bersolat, hatinya masih lagi baik sebab ustaz kata kalau nak jadi baik, kena bermula dengan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada  kemungkaran...kalau dah solat pon masih belum baik, kena semak balik kualiti solat kita... (Zon meginsafi diri sendiri)

Beberapa hari lagi, aku akan kembali pulang ke Perak. Berat juga hati nak berpisah dengan si kecik Ikram yang sentiasa menghiburkan hati. Dia lah penglipur lara yang menyebabkan aku pergi kerja dengan senyuman dan terus tersenyum walau kerja bertingkek-tingkek.

Dah 26 tahun tapi aku takde harta yang boleh dibangga. Kadang-kadang aku merungut jugak. Kakak aku siap cabar supaya aku beli kereta tahun depan. Ye lah, sepupu-sepupu aku ada kereta, ada yang dah bertunang, ada yang dah bersuami dan tak lama lagi bakal jadi ibu barangkali. Tapi, aku????

Bapak jugaklah yang menenangkan aku... bapak kata usah difikirkan sangat apa yang kamu tak ada, selagi ada peluang buat kebaikan dan  kebajikan... teruskanlah...itu saham untuk kat 'sana' nanti.

Bukan tak pernah aku berbeza pendapat dengan BAPAK, tapi bapak paham dan bapak tahu masa bila nak pujuk aku.

Masa aku "sakit" dulu, memang teruk perangai aku. Bapak jugaklah yang sedar perubahan aku. Aku rasa, jiran-jiran pon tahu betapa rapat n akrabnya aku dengan bapak. Mungkin sebab Allah belum beri hidayah pada orang yang berkenaan, dia cuba nak jarakkan hubungan ini.

Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan kesembuhan ini. Hanya orang yang pernah "sakit" akan faham apa yang aku rasa. Aku bersyukur dengan apa yang terjadi. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Insan hina lagi terpencil,
Cik jari