Monday, September 29, 2014

Kifarah

Assalamualaikum.
Sakit.
Dah lama aku tak sakit macam ni.
Harini sakit sangat. Selalunya lepas bangun tidur, sakit aku akan hilang. Tapi, kalini sakit sangat sakit.

Lima bulan di SMH adalah detik yang paling membahagiakan.
Aku tak sakit melainkan demam biasa.
Aku belajar senyum dengan ikhlas.
Aku belajar mengawal tekanan dengan membahagi tugas kepada rakan-rakan sepasukan.
Mendengar suaraku yg ceria, Bapak adalah orang yang paling bahagia.
Aku bangkit membina kembali keyakinan diri.

Bukan gaji beribu-ribu yang aku dambakan, aku cuma ingin mencari kembali diriku yang dh lama hilang.

Aku perempuan yang sangat kuat semangat. Kalau aku mahukan sesuatu, aku akan usahakan sehabis dayaku... Tekad aku sangat kuat...

Tapi, sekarang...semuanya sudah hilang... Mungkin orang boleh anggap aku sebagai bangkai bernyawa...yang ada cuma jasad...semangatnya sudah lama hilang...

Alangkah ruginya aku bila berterusan begini... Tiada siapa boleh tolong aku melainkan diri sendiri dan pertolongan dari Allah SWT.

Mudah-mudahan apa jua perkara yang tak kuharap terjadi adalah KIFARAH bagi dosa-dosa lampauku.

Aku yakin dan pasti, apa jua yang terjadi...baik atau buruk... Pasti ada hikmahnya...

Bohong andai aku kata aku tak pernah mencemburui kisah hidup orang lain, aku juga manusia. Ada sifat cemburu. Sifat marah. Sifat kecewa. Tapi aku cuba usir sejauh mungkin...

Ujian untuk aku tak sama dengan ujian untuk orang lain. Perbezaan itulah yang menjadikan setiap orang itu adalah istimewa.

Fuhhh...lega rasanya bila dapat meluahkan rasa hati... Tak perlu dicerita apa sebenarnya yg terjadi...tapi cukuplah sekadar kau tahu bahawa aku sedang berusaha gigih untuk bahagia dengan segala macam bentuk ujian untukku...

Ujian tak semestinya susah... Kalau kita bersedia dan fokus untuk mengatasinya pasti hati rasa lapang dan seronok menghadapi ujian tersebut...

Tapi...ye la, ada juga ujian yang membuatkan kita kalut...

~jari~