Monday, September 29, 2014

Egokah aku

Assalamualaikum

Just a short story.

Aku pernah disuruh oleh seorang lelaki untuk merebut cintanya.

Aku dengan lancarnya berkata:
"Apa hebatnya kamu sehingga aku perlu berebut untuk mendapatkan kamu. Bagi aku, kamu tiada apa-apa keistimewaan pon berbanding lelaki-lelaki lain yang pernah aku temui."

Kejam kan ayat aku? Tapi aku cuma mahu menyedarkan... Lainlah kalau kau bagaikan permata di celahan kaca...

Aku boleh jaga diri sendiri... Tapi aku masih memerlukan seseorang untuk menegur salah & silap aku...Aku ingin jadi umat Nabi Muhammad yang diakui sah dengan mencontohi sunnah-sunnah Baginda.

Orang yg sweet dimataku selalunya tak ditakdirkan untuk aku (setakat ini)... Sweet bagi aku, bukan buat perkara-perkara bodoh yang dilaknat tuhan semata-mata untuk menawan hati kekasih...

Alangkah sweetnya kalau bakal suami aku menghadiahkan aku stoking dan tudung labuh untuk menegur cara berpakaianku yg kurang sempurna(mungkin)...

Alangkah sweetnya kalau bakal suami aku menghadiahkan buku-buku agama sebagai persedian menempuh alam rumahtangga yang pastinya penuh dugaan dan cabaran...

Alangkah sweetnya kalau bakal suami aku tidak merokok...

Aku demanding kah? Aku cuma perempuan biasa yang berjuang untuk sembuh daripada penyakit yang aku hadapi...Aku perlu kuat. Maka itu, aku amat berharap agar bakal suamiku kuat imannya untuk menghadapi kebarangkalian  yang timbul sepanjang hidup bersamaku.

Amin ya rabbal al-amin... Aku yakin, engkau pasti hadir dalam hidupku...