Sunday, August 31, 2014

Merdeka Merdeka Merdeka

Assalamualaikum
Bulan Ogos sudah sampai ke penghujungnya. Aku masih tak dapat apa yang aku harapkan. Maka, aku kena tunaikan janji untuk balik ke Perak.

Perak bumi bertuah. Tapi, banyak sangat kenangan pahit di Perak. Oleh sebab itu, sejak lepas SPM lagi, aku berdoa sungguh-sungguh supaya dapat keluar berhijrah ke negeri lain. Ternyata, Allah makbulkan doaku. Kedah adalah negeri pertama yang aku jejaki. Kemudian, aku ke Pulau Pinang. Ya, masih di kawasan utara.

Sekarang, aku di Selangor. Jauh daripada "adik-adik" yang dahagakan ilmu pengetahuan.  Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang makcik untuk membimbing mereka setakat yang aku mampu... Ada dalam kalangan mereka yang risau kerana aku masih lagi sendiri tanpa teman hidup. Namun, ada juga yang taknak aku kawen sehinggalah mereka dewasa. Alasannya, takut aku semakin "jauh" daripada mereka.

Hakikatnya, aku sudah merdeka. Sudah boleh menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Namun, aku bukanlah manusia sempurna. Pasti ada compang-camping dalam pelbagai sudut sehingga kadang-kadang aku silap perkiraan dan akhirnya merugikan diri sendiri... Tapi, di sebalik kerugian itulah terselitnya hikmah dan pelajaran...

Kelemahan aku yang perlu aku baiki:
#aku sangat tak pandai memujuk, oleh itu aku tak suka merajuk
#aku tak pandai memulakan perbualan, oleh itu aku lebih suka diam
#aku gemuk, oleh itu aku perlu lebihkan bersyukur dan yakin pada diri.
#aku single, oleh itu aku harus pandai jaga diri dan membawa diri.