Saturday, June 7, 2014

Tanggungjawab

Hiba hati ini. Tapi,aku belajar untuk menyembunyikan rasa hati kerana aku adalah Kakak bagi mereka. Aku harus bijak mengawal emosi. Kadang-kadang aku terasa letih menanggung rasa. Aku juga perlukan sokongan tapi aku cepat tersedar bahawa aku tidak pernah keseorangan. Aku ada Allah yang Maha Melihat.

Tapi, hari ini terasa letih sekali. Fikiran memikirkan tentang hala tuju selepas ini. Cadangan berkahwin dengan orang yang aku tak kenal hati budi mahupun luarannya telah aku tolak mentah-mentah. Aku faham bahawa mereka ingin melihat aku bahagia. Mak n bapak pasti dah tak susah hati bila ada orang yang jaga aku. Tapi, aku tak mampu nak paksa hati aku.
Hanya air mata yang mampu meredakan gundah dalam hati. Ibarat ditelan Mati mak, diluah mati bapak. Aku harus diam dan jalani hidup ini apa adanya.