Saturday, January 25, 2014

Bismillahirrahman-nir-rahim

Assalamualaikum

Salam Tahun Baru 2014. Bapak kata: bila tahun makin bertambah, umur kita semakin berkurang. Kalau ikut logik, umur mestilah makin bertambah kan? Tapi, rupa-rupanya bapak nak ingatkan aku bahawa kematian itu semakin hampir...

Tahun baru datang dengan rezeki yang mencurah-curah. Syukur ya Allah. Di sebalik rezeki yang Engkau curahkan, terselit ujian untuk mendidik diri menjadi sabar dan redha. SABAR. REDHA. Dua perkataan yang mudah diungkap tetapi bukan mudah untuk dijadikan pakaian andai ujian datang menimpa. Ujian tanda Allah sayang. Allah nak kita makin dekat dengan DIA. So, why worried? Let's enjoy it! 

#Smile.