Thursday, August 22, 2013

Peria cicah madu

Assalamualaikum
Kenangan walau dah lama berlalu, tetap wujud dalam ingatan selagi memori otak tak rosak sarafnya. Kenangan akan tetap ada di situ dan takkan terpadam tapi akan beransur pudar seiring dengan waktu yang terus berjalan. Kenangan yang pahit selalu mengundang air mata kala dikenang tapi akan bertukar menjadi sebuah senyuman bila Allah gantikan yang pahit dengan sesuatu yang lebih manis untuk dinikmati. Kenangan manis akan terus membuahkan senyuman di bibir jika hati sentiasa ada rasa sifat bersyukur.

Kegagalan seringkali dikaitkan dengan kepahitan. Namun, bila waktu terus berjalan dan kegagalan berjaya di atasi barulah kita sedar bahawa kegagalan mendidik kita menjadi lebih kuat berusaha, lebih cekap berfikir dan pastinya menjadikan kita insan yang lebih bersyukur.

Kejayaan memang membahagiakan. Namun, kadang-kadang membuatkan kita leka dan hanyut dalam dunia yang kita rasakan selamat sepanjang masa.


Saya sayangkan keluarga saya kerana mereka umpama saraf tunjang yang menjadi tunggak utama menuju kejayaan hidup dunia dan akhirat...
Kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan. Jangan putus asa. Well, baya-baya CJ nih ramai yang risaukan soal jodoh.Pelajaran ramai yang dah tip-top..Akan timbullah ayat-ayat :Betul ke dia jodoh ku? Bila la aku nak kahwin ni? Sepupu-sepapat dok bersiap sakan untuk majlis kahwin, kite ni bila la nak kawen?..Kan, kan?? 

Biar bagaimana halangannya, kalau jodoh kita,akan tetap jadi jodoh kita. Biar macam mana ruang yang terbuka,kalau bukan jodoh kita, maka bukanlah jodoh kita. Mari hidup dengan selamba.

#BTW, ingat CJ dalam doa kalian yea.. Doakanlah CJ cepat sembuh. Jangan ditanya "apa sakitnya", cuma mohon doa ikhlas daripada kalian semua.