Friday, August 2, 2013

Kenapa tak sama?

Assalamualaikum
"Kenapa bila call kau, asyik masuk voice mail je?" Tanya seorang temanku.
"Maafla. Henpon aku rosak. Hari tu terhempas. Lepas tu henpon tu terus mampus." Jawab aku tenang.
"Ko terhempas atau sengaja hempas?"Soal temanku lagi.
"Erk...macamana ko tau ni?" Aku tersengih.

Sebenarnya, mood aku asyik bernada melankolik pada waktu itu. Tiap kali orang telefon, aku cukup malas nak menjawab. Aku akan biarkan telefon terus berdering atau kadang-kadang aku mute kan.Tapi, bukan bermakna aku tak reti nak menghargai kawan-kawan atau aku melupakan kawan-kawan. Aku tetap ingat kawan-kawan aku, cuma aku malas untuk berbual mahupun bergurau senda dikala hati tak keruan. Aku runsing dengan masalah-masalah yang berlegar-legar di ruang minda sehinggakan aku menjadi insan yang terlalu hiba.

Aku akui, aku mudah hiba. Aku punya masalah, namun jarang-jarang aku luahkan pada kawan mahupun sahabat kerana aku sering merasa rendah diri atas segala masalah-masalah yang aku hadapi. Ah, egonya aku!Tapi, aku sering menidakkan keegoan ini kerana bagi aku, bukan semua orang dapat memahami situasi yang kita hadapi. Jika diluahkan pada orang yang salah, semangat aku boleh jadi makin luntur untuk terus berjuang dan meneruskan hidup. 

"Kenapa kau tak sama dengan kawan-kawan kau? Kawan-kawan kau semua dah habis belajar. Kau asyik mengulang je." Tutur seorang insan yang amat aku sayangi. Ucapnya bersahaja, mungkin sekadar bertanya. Tapi, kesannya menusuk jiwa. Aku diam dan cuba mengawal emosi. Aku taknak menangis di hadapan dia yang aku sayang.Ku tahu kelemahanku dan aku sedar kekuranganku . Aku tak minta untuk dikasihani, aku cuma minta untuk difahami dan aku tahu, mungkin dia kecewa kerana doanya untukku masih belum dimakbulkan. Astagfirullah-al-azim.

"Ini ujian untuk kamu. Muhasabah diri. Betulkan niat kamu. Belajar ini bukan semata-mata untuk berjaya, tapi untuk mendapat keredhaan Allah." Ucap si ayah sambil menepuk bahuku. Aku tertunduk. Air mata menitik satu persatu. Syukur, aku masih punya ayah yang jarang-jarang sekali gagal untuk menafsir tasik hatiku. 

Sebenarnya, aku sendiri begitu susah untuk menerima takdir ini. Aku merasakan, aku sudah cukup kuat berusaha. Aku sudah letih  mencuba. Namun, siapa sangka pengakhirannya masih jua sama. Aku gagal sekali lagi.

"Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku tanggung. Aku tak kuat,Ya Allah. Kau pinjamkanlah kekuatan buatku. Aku tak mahu hadapi ujian ini tanpaMu." Aku merayu pada Dia yang Maha Esa. Hanya Dia tempat aku bergantung harap. Hanya Dia tempat aku meluahkan segala rasa.

~bukan cerita kegagalan yang ingin aku nukilkan. Aku cuma kepingin untuk membuatkan orang lain faham bahawa jalan cerita hidup kita takkan sama dengan orang lain dan jangan ditanya kenapa tak sama kerana hanya Allah yang bisa menjawabnya...Apa yang penting,percayalah pada qada & qadarNya...