Saturday, July 13, 2013

Pecah kaca, pecah geraham. Sudah baca, jangan salah faham.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur ya Allah kerana masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa bersama-sama ibu ayah yang dikasihi lagi didoakan kesejahteraannya. Dapat berterawih bersama-sama di rumah memang sangat cool. 

Bulan Ramadhan, bulan meraih pahala sale. So, buat apa-apa pun mestilah diniatkan kerana Allah. Kalau kau tetiba rajin masak nasi untuk berbuka nanti, niatkan kerana Allah bukan kerana nak tambat hati mak  supaya mak puji kau depan orang kampung yang kononnya sekarang ni kau dah rajin masuk dapur. Tapi, tak perlulah sampai baca niat "sahaja aku masak nasi ini kerana Allah taala." Apa yang penting, tak mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Semoga Allah memberi kita ganjaran pada akhirat kelak. In sha Allah.
“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)
Sebenarnya tengah membebel kat diri sendiri tapi kalau korang terbaca post nih, sama-samalah kita me-muhasabahkan diri. Tak rugi pun, malah boleh menambah-baik-kan diri kita. 

Ok lah. Takde mende nak update. Rahsia hati banyak sangat tapi bukan untuk dijaja sebab namanya pun rahsia... sekian.