Monday, July 1, 2013

Menangis is crying.

Assalamualaikum

Menangis sebab sedih.
Menangis sebab kecewa.
Menangis sebab terluka.
Menangis sebab sakit.
Menangis sebab berdosa.
Menangis sebab rindu.
Tapi,ada juga
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana disayangi.
Menangis kerana dihargai.
Menangis kerana terharu.
Menangis kerana merasai kemanisan iman.

By the way, esok ada temuduga lagi. Temuduga untuk kali yang ke berapa juta ntah. Senang cite, tak terhitung dengan jari tangan. Penat ke hulu ke hilir bawak folder berisi sijil-sijil. Tapi, ada jugak orang yang menganggap aku tak berusaha. Hakhak. So, please jangan ucap "Good Luck" untuk aku esok sebab selalunya memang "Bad Luck"...Ayat ni bukanlah bermaksud aku putus asa ke hapa...cuma ntah...kali ni aku memang cukup berhati-hati. Aku akan buat sedaya mungkin dan setakat yang aku mampu. At the same time, aku dah ada back-up plan in case aku tak dapat job yang aku idam-idamkan ini. 

Aku berani gagal, sebab tu aku redah je attend interview demi interview. Memang muka jenis tak malu barangkali walau hakikatnya aku sangat pemalu. Haha. Aku sebenarnya, lebih suka atau lebih berani untuk attend interview berbanding pergi blind date. Kena reject secara formal sebab kita memang tak layak dapat kerja tu is acceptable. Tapi, kena reject sebab kita ni tak lawa macam dalam gambar, adalah lebih mengecewakan. 

Esok, aku akan pakai baju kurung lima tahun lepas. Tudung hitam. Kasut hitam. Kain hitam. Sebelum ini bersungguh-sungguh aku buat persediaan tapi keputusannya gagal memanjang. So, kali ni, baiklah aku bersederhana serba serbi. (nada dah letih)... 

Last but not least, selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak... Puasa jangan tak puasa.