Thursday, July 18, 2013

Jaga Diri

Assalamualaikum

Minggu depan dah masuk pertengahan Ramadhan = 15 Ramadhan = Nuzul Quran. Ini bermaksud, 'dia' akan pulang ke kampung halaman.

Sebulan lepas, dia sempat menitipkan pesan "jaga diri" sebelum mengakhiri perbualan ringkas kala dinihari. Katanya, dia akan outstation lagi. Kali ini ke negara yang lebih dekat dari sini. Aku yang masih bernada merajuk seakan-akan tak ambil pusing ayat-ayatnya namun akal masih dapat mengingat tiap baris kata 'dia'.

Tatkala dikenang kembali, terasa buruk betul perangai aku. Haha, sungguh, di luar kawal. Aku merajuk sebab dia sering meminggirkan aku, walau sering aku berkata "tak apa" "tak kisah" namun bukan bererti aku senang bila dia pergi jauh tanpa pesan dan membuatkan aku ternanti-nanti.

Sememangnya aku lebih senang bercinta pakai akal, maka tiap kali berselisih faham, aku malas marah / beremosi tak keruan. Marah menghilangkan logika akal. Tiada lagi pertimbangan, rasa sayang bisa bertukar jadi dendam, kelak andai terpisahnya hubungan, yang tinggal cumalah sesalan kerna tak bisa berbicara dengan aman walhal hubungan masih boleh diselamatkan.

Hahaha, bukan sekejap pengalaman aku dalam cinta yang tak halal. Bahagianya sekejap, deritanya bertahun ditanggung dalam diam dan esak tangis saat diselubungi kelambu malam... Pernah orang berkata bahawa aku tidak pandai menjaga hati lelaki. Haha, aku ketawa dalam hati.

BTW, aku cuma nak jaga hati suami. bye.