Monday, June 10, 2013

one step closer

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi. Terima kasih kepada kaum famili yang sentiasa memberi restu dan sokongan padu. 

Walau kadang semangatku luntur dan hampir punah, Allah buka jalan buatku untuk terus melangkah. Walau terkadang hati penuh gundah memikirkan masa depan yang belum pasti, ku pujuk hati mensyukuri segala peluang untuk terus berbakti pada mereka yang sudi melahirkan & mendidikku. Walau terkadang hati penuh emosi dan terasa ingin pergi jauh dari sini, Allah hadirkan insan-insan yang sudi mendengariku dan menghadirkan senyum penuh seri.

Kini,
sekali lagi Allah buka jalan buatku sewaktu aku seolah-olah putus harapan dengan kegagalan demi kegagalan yang aku alami. Habluminallah, Habbluminannas. Jaga hubungan dengan Allah juga sesama manusia. Walau aku tak dapat membahagiakan atau menghiburkan semua orang, sekurang-kurangnya aku masih mampu untuk tidak menambahkan luka di hati orang lain. Maka itu aku lebih suka senyum dan diam.

Bagi aku, biarlah orang tu tak cantik body, asalkan senyumannya menambat hati, pertuturannya menyenangkan hati, keramahannya beri aku bahagia, nasihatnya lunak membuatkanku ceria menyingkir duka dan Allah dan Rasul menjadi cinta yang utama.

Pertuturan harus dijaga. Kelak kita akan bina keluarga. Sikap anak-anak adalah biasan sikap kita. Andai dari sekarang kita tak berjaga-jaga, apa akan jadi pada anak-cucu-cicit-keturunan kita. 

Langkah-langkahku untuk menuju bahagia memang penuh liku. Tapi aku masih tegar untuk tersenyum walau aku sendiri tidak pasti jalan mana harus kulalui kala tersangkut di persimpangan...Sebenarnya aku tidak sendiri, Allah ada memerhati...Aku yakin itu. Segalanya perlu dicari. Segalanya tidak hadir sendiri. Namun, harus sentiasa buka mata hati kerana kadang-kadang apa yang kita perlu sudah tersedia ada untuk kita cuma kita tak dapat melihatnya disebabkan hati kita buta untuk menilai mana kaca, mana permata.

Sayangilah. Jangan ada benci. Jika benci, maafkanlah seikhlas hati. Semoga kasih sayang segera singgah dihati. Kasih sayang itu tali. Pengikat hati insan di dunia ini. Berkasih sayang kerana Allah. Jodoh panjang, segera kita menikah...Jodoh singkat, bahagia pasti tetap ada walau kita tak bersama. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

Ikhlas,
dari yang sedang belajar untuk bersabar.