Tuesday, April 23, 2013

Belajarlah bercinta

Assalamualaikum
Esok ada interview under SPA. Hurm, kalau PR menang, SPA tuh valid lagi ke? Aku tak berharap sangat pun malah persediaan pun ala kadar je sebab cadangan asal nak ignore je tapi kang terpalit hitam lak nama aku. Maka, aku bertawakal kepada Allah dengan segala usaha yang tak berapa bersungguh ini.

Hari mengundi semakin dekat, maka 'orang tu' pun semakin sibuk. Giler tak rindu. Dah la dapat sembang kejap-kejap je. Bila kol, tengah kerja. Bila kol lagi, tengah tidur. Bukanlah tak paham dengan kebizian nya tapi entah rasa rindu tu kot yang membuatkan tangan ni tak reti diam & mula menekan nama dia. Nasib baiklah dia pun paham perasaan aku. Haha, so takde lah dia marah ke hape. Ahh, kalau rindu pun, takdenya aku nak akui. Aku lebih selesa bicara dalam doa je. Tapi, tak mustahil kalau dia dapat rasa apa yang aku rasa kan? Dia pernah kata : aku adalah dia & dia adalah aku. Belahan jiwa la konon! Tapi, kadang-kadang aku akui juga hipotesis dia. Dia dapat duga banyak benda tentang aku. Aku pun boleh 'baca' dia. 

Tapi, selagi hubungan nih tak 'official', aku takkan dedahkan dia kat kawan-kawan. Apatah lagi kat Fb. Haha...Aku taknak add dia sebab aku jenis cepat jeles. Aku tak suka kalau-kalau terbaca komen-komen manja kawan-kawan dia. Daripada aku makan hati sorang-sorang bek aku jauhi terus sebab hati bukan sedap pun. Pahit! 

Aku cuba buat yang terbaik untuk senangkan hati dia. Aku taknak sakitkan hati dia & sudah tentu aku mula belajar untuk berterus-terang walau kadang-kadang ianya pahit. Aku perlu belajar daripada pengalaman cinta yang kecundang beberapa tahun lalu. Sekali itu je aku benar-benar bercinta.

Cinta kali ini membawa erti bahawa aku sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Aku bukan sahaja memikirkan tentang apa yang dia buat/komitmen terhadap aku, malah aku juga harus beri komitmen untuk menjaga hubungan ini. Kali ini rasa yakin sebab mak approve. Famili dia, walaupun aku tak pernah jumpa, sekurang-kurangnya dia rajin bercerita tentang keluarganya. 

Kalau aku perlukan pandangan apa-apa, dia lah tempat rujukan sebab dia tak pernah jemu beri aku tunjuk ajar mahupun berkongsi buah fikiran. Walau berbeza ideologi politik, tapi, undi adalah rahsia kan? So, tak jadi hal asalkan agama kami sama. Dia mahupun aku bukanlah golongan yang terlalu fanatik. Malah dia menganjurkan aku konsisten beristikharah sebelum keluar mengundi nanti. [aku yakin dengan orang yang bakal aku undi nanti]... 

Hubungan ini masih baru. Baru mencecah angka 1 tahun. Maka itu, aku masih mahu berahsia. Masih mahu senyap-senyap menyembunyikan rahsia hati daripada pengetahuan warga FB. Haha, warga belog buat julung kalinya aku kongsikan kisah ini di sini. Seringkali aku ditanya, sudah ada 'BF'? Aku segera menjawab "Belum. Saya masih single."...Jawapan ini bukan bermaksud aku ingin menggatal walau sudah ada yang bertakhta di hati, sebaliknya aku memang tak pernah dan tak ingin ada BF. Tiada istilah BF,Couple atau yang seangkatan dengannya. Cuma ada bakal suami. InsyaAllah... Tuhan, jagakan dia untuk ku. Aku takkan bisa menjaganya sedang aku juga hak milikMU yang mutlak. 

Sebenarnya, aku menaip di sini sambil menjalankan sel-sel otakku supaya mudah aku berfikir esok hari. Aku menaip dan berkisah secara spontan, semoga esok aku dapat menjawab dengan spontan secara penuh hikmah dan adab. Semoga mudah urusanku esok.

Semoga mudah juga urusan aku untuk melengkapkan sebahagian daripada agama. Aku banyak kekurangan. Semoga kekurangan aku dapat ditutup dengan kelebihan dia & mudah-mudahan aku dapat menutup kelemahan dia. Umur dah lanjut ni, gaya bercinta dah tak sama macam zaman muda remaja. Merajuk-merajuk sebab hal remeh-temeh nih dah tak berapa valid tapi kadang-kadang tuh boleh la jugak. Haha, aku taw, entry kali nih mesti ada membuatkan orang geli-gelemen...But, tak salah kan, aku share cerita. Sikit je... Particular details kena tunggu hari official la...

Alhamdulillah, dia bukan blogger...dia memenuhi ciri-ciri yang mak aku nak. See, aku nih memang tak reti nak pentingkan diri sendiri je, mesti terfikir jugak pasal mak. Kalau boleh,aku nak senangkan hati mak walau aku belum mampu beri kemewahan harta benda pada mak, sekurang-kurangnya aku tak buatkan mak risau dengan pilihan hati yang kurang diyakini. Malah, aku sendiri yang mohon mak buatkan solat istikharah mohon Allah beri petunjuk kepada aku menerusi mak supaya aku boleh buat pilihan yang direstui dan diberkati.

Well, aku tak sepatutnya pun bercerita lebih-lebih sebab aku pon belum berkahwin cuma nak beri inspirasi pada orang lain supaya belajarlah menerima cinta. Sebelum nih, aku memang negatif je bila berbicara tentang soal cinta hati dan kesetiaan. Kali ini aku belajar untuk buka hati, buka mata dan bercinta. Kalau asyik menolak, menolak & menolak je, takut nanti Allah makin jauhkan kita dengan rezeki mahupun jodoh kita. Kan orang selalu kata: tak baik menolak rezeki. Kan? Pilih dengan bijak. Jangan ikut hati. Gunakan akal fikiran, tanya iman, tanya Allah. Aku penah rasa kecewa, so ini kali aku taknak lah rasa terlalu bahagia atau terlalu mengejar bahagia...Berpada-pada dalam berperasaan. Yang baik datang dari Allah, yang lemah, tak baik, hampeh semuanya salah silap kita sendiri. Maka, mohonlah yang terbaik daripada Allah selalu. Yeah, ingatan untuk aku.