Monday, March 11, 2013

Pengalaman walau tak berapa mendewasakan tapi tetap berharga dalam ingatan.

Assalamualaikum

Hari ini kita belajar tentang tumbuhan. Cikgu ada bawa contoh gambar tumbuhan. Ini contoh pokok bunga keembung. Ini adalah Pucuk..Ikut cikgu, P.U.C.U.K = PUCUK...B.U.N.G.A=BUNGA......bla bla bla....

Ok,sekarang cikgu bagi gambar, awak semua isi tempat kosong dengan jawapan yang cikgu dah sediakan di papan putih....

ZZZZ......sungguh bosan! Aku memang tak reti mengajar. Lebih-lebih lagi bila aku ditugaskan mengajar kelas Pendidikan Khas di Sekolah Menengah yang mengambil masa 45 minit dari rumah tumpangan atau paling laju aku boleh rempit menjadikan aku tiba di sekolah 30 minit selepas bertolak dari rumah...Jauh la jugak lebih-lebih lagi bila mood nak mengajar tuh memang takde...

Sebenarnya, bukan takde mood,cuma aku risau sebab tak tau nak ajar amende. Bila aku suruh mewarna, budak-budak merungut kebosanan. Ada satu kelas yang membuatkan aku benar-benar mati akal untuk mengajar. Setengah jam kurasakan 1 jam...Dalam satu kelas terdiri daripada pelajar yang mentally retarded, hyper-active, dan autisme...Memang sangat mencabar bagi aku sebab diorang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza tapi ditempatkan dalam kelas yang sama. Ada pelajar yang dah pandai mengira / meyelesaikan masalah Matematik sehingga nombor 10 000, ada pula yang baru nak kenal angka, ada jugak yang mudah lupa, dan ada jugak yang jenis menulis angka pun tak reti, ada jugak yang tak lancar sebutannya... Kelas itu memang sangat mencabar buat aku. Menurut Pembantu Pengawasan Murid (PPM), kalau datang sawannya, pelajar-pelajar ini boleh menendang meja.kerusi sesuka hati. So, sebagai cikgu yang naif, aku dinasihatkan supaya menjaga jarak dengan pelajar dan tak boleh memaksa pelajar...

Sementara di kelas lain, anak-anak didik aku sangat menyukai aku kitorang jadi rapat walau baru pertama kali bersua muka. Menurut rakan guru, ada sorang pelajar dah suka aku. S***** namanya... Dia jugaklah dengan rela hati menawarkan untuk mencuci motor hitam kebanggaanku yang dah tak berapa hitam...Bila aku mengajar di kelas bersebelahan, dia suka jugaklah lalu-lalang dan senyum-senyum...Aku layankan aje lah... Actually, banyak jugak pengalaman yang aku timba di sini. Walau dalam hati rasa gundah gulana sebab tak reti mengajar, tapi aku cuba pujuk hati setakat yang termampu...

Semoga Allah redha dengan usahaku. Setakat itu yang aku mampu, biar berjuta orang memperlekeh, tapi hanya Allah dan aku yang tahu isi hati aku, perasaan aku dan usahaku....Orang mungkin tak tahu, tapi aku yakin, Allah tahu, kerana selepas berusaha, aku bertawakal padaNya....

Sekian, cebisan kenangan dari Cikgu yang bukan Cikgu...Alhamdulillah, walau aku tak banyak cakap mahupun peramah, aku dah berjaya atasi kegugupan bercakap di khalayak dengan lebih tenang.... Alhamdulillah...Semuanya pertolongan dari DIA.