Friday, March 15, 2013

Mimpi yang tak sempurna

Assalamualaikum

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang didalam mimpimu
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang dimana dirimu
Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti

Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti

Malam tadi aku Mimpi selepas menunaikan solat malam. Maksudnya sebelum tidur, masih ada wudhuk.  Aku Mimpi ada orang datang meminang. Orang yang aku tak kenal. Aku macam biasa la, menolak dan menolak. Mak pulak memujuk dan terus memujuk. Akhirnya aku bertekak dengan mak..Huh, macam real je....

Bila terjaga, jantung berdegup kencang. Kalau betul-betul terjadi macamana? Huhu, aku memang tak ready lagi. Bila ntah aku nak ready. Aku belum dapat kerja yang stabil. Simpanan pun ada bape sen je... Sebab tuh aku malas nak sibuk-sibuk pikir pasal hal nih bila sepupu-sepapat aku dah ready nak membina masjid. Murah rezeki dorang, jodoh sampai awal... Syukurlah...

#[Zehra: Hanya Padamu] Cikgu Adawiyah pun berkahwin dengan Tuan Arman cuma dalam mimpi. Katanya, susah untuk dijadikan realiti. Hehe, so...cuma mimpi kan? Apa-apa pun boleh jadi dalam alam mimpi. Mari bertabah hadapi dunia realiti.