Wednesday, March 27, 2013

Kawan yang best lebih best daripada si dia yang konon-konon bakal jadi suami kita.

Assalamualaikum.
Best kan bila kita dapat tidur dengan tenang, lena tanpa gangguan, tanpa mimpi yang menyedihkan mahupun yang merepek meraban dan lebih best lagi bila dapat bangun awal dengan penuh semangat untuk menghadapi cabaran hidup di hari baru. 

Hidup Cj bukanlah best sangat. Dulu, selalu je muram. Penuh rasa rendah diri. Takut nak menghadapi hari-hari yang mendatang. Takut itu. Takut ini. Selalu kena kacau dengan hantu masa tidur. Segalanya memang mendukacitakan pada pandangan mata Cj. 

But then, one of my best friend selalu ingatkan Cj :
"Tak elok sedih-sedih. Seolah-olah awak tak bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan kat awak. Sekurang-kurangnya awak patut bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia awak untuk awak tambahkan amal ibadat dan berusaha untuk tebus dosa-dosa awak."
 Dia kata lagi:
"Awak jangan cepat kecil hati dengan parents awak. Takut-takut nanti Allah sempitkan rezeki awak. Walau apa pun terjadi, awak cuba ikhlaskan hati, jaga hati mereka. Mak ayah kita dah banyak berkorban untuk kita dan mereka juga manusia biasa. Pasti ada buat salah, buat silap sama macam kita. Maafkanlah mereka supaya hati awak lega."
Alhamdulillah...Cj mula nampak perubahan pada hidup Cj bila Cj mula berubah untuk menjadi yang lebih baik. Semoga kawan-kawan mendapat iktibar dari kisah ringkas yang Cj nukilkan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kawan yang best lebih best daripada si dia yang konon-konon bakal jadi suami kita. Tapi kan, kawan yang best selalunya mesti dah berpunya. Dah ada kekasih hati. Hik hik hik, mungkin Allah sedang menguji hati Cj supaya ikhlas dalam persahabatan, jangan sampai jatuh cinta dengan orang yang dah berpunya dan supaya setia dalam cinta walau ada seribu yang lebih baik sedangkan orang yang kita sayang patut kita hargai dengan sebaik-baiknya. Jika rasa cinta mula berputik, segera cantas supaya tak tumbuh menjadi bunga-bunga cinta. Yeah, insyaAllah, akan Cj jaga hubungan Cj dengan kawan-kawan yang best ini.

Tapi, sebenarnya Cj dah ada "seseorang". Alhamdulillah. Doa Cj "Jika sudah tertulis dia bukan jodohku, maka Engkau buangkanlah perasaan yang ada dalam hatiku ini. Jika dia jodohku, maka Engkau lahirkanlah perasaan cintaku pada dirinya."