Friday, March 8, 2013

Hidup untuk hidup

Assalamualaikum
I always ask myself "Macamana aku nak hepikan orang sedang aku sendiri seolah-olah lupa untuk hepi." Hepi tu apa? Gelak - ketawa pun dah jarang-jarang terukir kat muka aku. Mengeluh pun tidak. Aku belajar untuk diam. Menyembunyikan segala rasa. Aku takut menyusahkan orang lain. Tapi sebenarnya aku silap! Perlakuan aku dah memakan diri sendiri. Terlalu diam membuatkan masalah aku makin besar dan akhirnya tak tertanggung lagi olehku. 

Kesedihan. Keseorangan. Kadang-kadang buatkan aku rindu pada dia. Tapi aku kena kuat hadapi semua ini. Kegagalan yang berulang kali membuatkan aku keliru. Apakah disebalik semua kegagalan ini. Adakah ujian atau hukuman dari tuhan? Jika ujian, sepatutnya menjadikan aku lebih dekat dengan tuhan yang maha Esa. Jika hukuman, akan membuatkan aku lebih jauh...jauh...jauh...daripada landasan Islam. Aku harap ianya ujian. 

Aku ingin makin akrab dengan tuhan. Aku redha...(sedang cuba untuk betul-betul redha) dengan segala ketentuanMu. Aku insan lemah, kadang-kadang tak tahan ujian. kadang-kadang semput di tengah jalan. kadang-kadang tak sempat ke tengah, aku dah pengsan sebaik saja melangkah. Walau aku tahu, aku sepatutnya kuat...kuat..kuat menghadapi ujian...kuat meneruskan hidup...bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang... 

Kadang-kadang semangat aku terlalu lemah, tapi aku tetap cuba sembunyikan daripada pengetahuan semua orang...Ahaha...shame on me. Baru diuji sikit dah menggelabah. Well, antara kita semua, ujiannya berbeza-beza...maka, sebab itu aku malas nak cemburu kat orang lain. Bukannya langsung tak pernah, memang pernah cemburu tapi aku cepat-cepat padam perasaan tersebut. Ya, kadang-kadang cemburu melihat kejayaan orang lain...dapat kumpul duit...dapat beli kereta sendiri...dapat tolong keluarga...dapat kahwin...dapat suami...dapat anak...

Then, aku kenang-kenang balik segala apa yang Allah beri aku pinjam selama ini. Banyak..terlalu banyak...Allah pinjamkan aku kakak2 & abang2 yang selalu ambil berat pasal aku..Allah pinjamkan aku ibu bapa yang pentingkan agama...Allah beri aku peluang berhijrah jauh dari keluarga... Allah beri aku peluang belajar di kalangan orang yang pandai...Allah beri aku peluang untuk belajar dari bawah... Allah bagi aku peluang untuk belajar kenal cinta. Allah bagi aku peluang untuk jadi perempuan yang lebih baik.


Aku kena hidup selagi hidup. Tak boleh biarkan hidup aku mati sebelum waktunya. Mati itu pasti, sedangkan hidup di dunia ini cuma sekali...Salam Jumaat. Semoga Allah makin sayang pada kita semua.