Sunday, February 17, 2013

Senyum.Sabar.Ceria.

Assalamualaikum

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Kita hanya perlu berusaha, Allah yang mengkabulkan hajat kita."
Ringkasannya:
Usaha + Doa + Tawakal = Doa dimakbulkan serta merta/doa akan dimakbulkan bila tiba saat dan ketika yang sesuai/Doa tidak dimakbulkan kerana Allah merencana sesuatu yang lebih baik buat kita.

Ni pula idea yang dipetik dari sebuah forum:
Yup..rezeki tu Allah yang dah aturkan. Sementara belum dapat pekerjaan (makan gaji), boleh saja bercucuk tanam mengisi masa terluang, atau buka perniagaan kecil-kecilan. Pokoknya terserah kepada individu juga. Belum tentu seseorang tu menganggur, dia layak digelar pemalas, memilih dan sebagainya lagi persepsi negatif. Ada hikmahnya juga kenapa dia belum punya pekerjaan. Ada orang sudah mohon berbagai-bagai pekerjaan, tapi tak ada satu pun yg sangkut atau dipanggil temuduga. Mungkin organisasi yg dimohon pekerjaan di situ tu mengamalkan korupsi, alhamdulillah secara tidak langsung Allah sudah melindunginya drp bersubahat. Ada banyak lagi rahsia yang tidak kita ketahui. Teruskan berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan dpt pekerjaan yg halal di sisi-Nya. Sekadar secebis pandangan.
----------------------------------------------------------

Yeah. Bersemangatlah untuk hidup...Allah ada dekat dengan kita. Senyum. Sabar. Ceria.