Friday, February 22, 2013

Random...

Assalamualaikum

Minggu nih, dia selalu call. Sangat kerap. Dia call masa dia tengah sedey & selalunya dia call masa tengah happy. Kami gelak sakan. Dia tanya, kenapa aku tak banyak cakap, tak banyak bergurau masa kitorang masih lagi jadi kawan sekerja. Aku memang macam tuh. Konon nak tunjukkan sikap profesional. Taknak terlalu bergurau masa bekerja. Ceit...Sekarang bila dah berjauhan barulah aku berani nak mengusik & cakap banyak. Cakap via telefon. Tak perlu tentang mata or menjeling-jeling...

Mostly, dia yang akan call aku...Kalau aku tak sempat jawab, aku cuba send mesej "Please call me back"... Haha, aku memang kedekut kredit...Nak berjimat pon satu hal jugak. Selalunya kredit di-reserved untuk call kampung & ahli keluarga. Dia call aku atleast 10 minit. Kitorang sebaya tapi dia sangat kuat bekerja sebab tu harta dia pon dah menimbun. Aku kawan dengan dia bukan sebab harta, sebab aku suka kematangan dia. Erk,matang lah berbanding aku. Akak aku always assume aku nih baru 20tahun. Anak-anak buah pulak selalu je buli aku. Lagilah nampak tak matangnya aku....

Aku malas nak tulis pasal dia dalam diari 2013 sebab aku taknak nanti aku terjatuh hati dengan dia bila aku baca balik perkara-perkara sweet yang pernah dia buat. So, diari tahun ni masih lagi kosong melainkan muka surat pertama yang penuh dengan mutiara kata yang indah belaka.

Dia marah bila aku baik sangat dengan orang lain. Marah dia bukan sebab benci, aku syak dia cemburu. Haha, aku selalu sangat jadikan dia sebagai orang terakhir yang tahu tentang perkara yang aku buat. Betul, aku tak pernah lalui semua ini. Selalunya aku baca dalam novel je. Aku selalu anggap takde orang pernah kisah pasal aku. So, suka hati la apa aku nak buat asalkan Agama didahulukan. 

Dulu, kisah cinta aku yang hampir 6 tahun dengan xxxx langsung tak menarik. Sambung-putus-sambung-putus-terbelah dua. Nampak sangat tak matangnya aku. Dengar-dengar dah bertunang pon orang tu. Tahniah la. Aku memang tak layak pun dengan orang tu sebab gaya hidup aku tak urban macam dia. Aku orang kampung yang selalu sedar asal usul tapi bukan duduk bawah tempurung...Ahaha...

Sekarang aku cuma mengikut arus. Kalau nak menongkah arus, aku takut aku tersasar lebih jauh...Apa-apa pun segalanya aku serah pada yang Maha Esa. 

Now,aku ada misi yang lebih utama. Kena bersungguh-sungguh menjalankan misi mudah-mudahan mencapai visi...Hari-hari belajar...Semoga jadi orang terpelajar....