Sunday, February 24, 2013

Idola

Assalamualaikum
Hurm...Tulis entry jiwang bukan bermakna sedang bercinta. Masanya belum tiba barangkali maka aku memilih untuk sendiri menjalani hidup kurniaan Ilahi. Ahah,lagi-lagi sejak bercuti panjang hampir dua bulan...perghhh...semuanya makin naik, sebab tu takde sape pun pandang barangkali... Bak kata Ben, aku kena diet...Ahh, rindu Ben10...Kamek rindu sama kitaK!

Esok hari pertama kerja tempat baru. A bit nervous walau macam relaks je. Haha, padahal dup-dap-dup-dap jantung berdetak agak kencang. Sama jugaklah halnya masa interview hari Jumaat lepas, nampak macam tenang je, padahal lutut dah terketar-ketar. Nasib baiklah ada meja yang jadi penghalang antara interviewer & interviewee... Syukran, dah lepas dengan jayanya.

Cabaran sebenar bermula pada esok hari. Maka itu, aku akan terus menjadi penghuni Bandar Ipoh yang semakin sebati dengan diri... Ipoh tempat mencari rezeki. Semoga doa emak dimakbulkan Tuhan...Kosongkan minda,ikhlaskan hati,panjatkan doa, mohon pada Ilahi...

Sekian. Aku jadikan Sir Azril idola untuk hari esok dan seterusnya. Semoga aku mampu membuatkan anak muridku ternanti-nantikan ku sebagaimana aku sering teruja menunggu detik waktu Sir Azril mengajar BI di USM dulu....Amin...Segalanya ku serahkan pada Allah. Biar aku berusaha... 
Salam...