Wednesday, January 9, 2013

Seketul nugget sepotong sosej,

Assalamualaikum

Aku mahu terus tersenyum walau sebenarnya ada luka dalam hati. Aku tetap mahu tersenyum walau hati diragut sayu. Aku masih mahu tuturkan kata yang baik walau sebak dalam dada. Aku mahu menjaga hati orang lain walau hati aku terluka parah. Aku tahu betapa sakitnya SAKIT dan kalau boleh, aku mahu meLEGAkan...
Aku perlu kuat. Biar kuat semangat. Jangan kuat makan :)
Kita perlu berhijrah untuk berjaya. Kat sini,aku jumpa ramai orang yang baik-baik.Bagi aku, semua orang baik sebab aku malas nak pandang kejahatan orang.

"Power" cermin mata aku bertambah lagi 100. Makanya, tahap kerabunan aku makin bertambah. Makanya lagi, cermin mata aku makin tebal.

Tetiba aku rasa keluarga aku makin bertambah kat sini. Ada kakak. Ada adik-adik. Aku bahagia dalam kesederhaan taraf hidup. Aku patut banyak-banyak bersyukur.

Allah beri apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu kerana aku yakin dan pasti bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk aku.

Ye, kadang-kadang aku berkecil hati dengan kata-kata manusia.
Aku jatuh kerana mulut manusia.
Aku perlu bangkit kerana DIA... 
Doa agar dimudahkan segala segala urusan/pekerjaan/temuduga/peperiksaan :

 اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
"Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj 'alu hazna idza shikta sahla"
 “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, & Engkau dpt menjadikn yang susah itu mudah jika engkau kehendaki”