Friday, January 18, 2013

Rasa suka ini kalau diteruskan menjadi cinta takkan bawa kami ke alam rumahtangga.

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku dah jumpa sorang lelaki yang sweet. Dengan beraninya, aku kenalkan beliau kepada kakakku. Sweet bukan bermakna dia tak pernah marah aku. Dia pernah marah aku sebab memang salah aku. Baiknya dia sebab dia maafkan aku dan lepas tuh kami makin rapat. Betullah kata salah sorang kawanku dulu, bila kita berselisih faham dengan seseorang, menjadikan kita lebih kenal seseorang itu. Kenal sikap dia dan sebagai kawan kita kenalah terima buruk dan baik seseorang itu.

Kenapa aku kata dia "sweet"?. Sebabnya adalah kerana dia seorang yang bertimbang rasa, dia "takut" dengan aku = respect me as a muslimah dan dia tak pernah paksa aku untuk buat apa yang aku tak suka which is tak pernah paksa aku untuk suka dia.

Haha...okay. Ini first time aku jumpa lelaki yang sweet in real life. Sebab itu aku agak teruja. Aku suka cara dia yang malu-malu. Aku suka cara dia bergurau untuk menghilangkan rasa stress aku. Aku suka kata-kata dia tentang realiti hidup.

Yeah,dia tak hensem bak kata kawan aku. Tapi, aku memang suka laki yang tak hensem di mata orang lain. Haha...Tapi, rasa suka ini kalau diteruskan menjadi cinta takkan bawa kami ke alam rumahtangga. Maka itu, aku selalu ingatkan diri supaya mengawal rasa suka yang bertunas dalam jiwa. Jadikan sebagai rasa suka sesama kawan sahaja. 

Well, aku memang susah nak suka kat seseorang. Memang sifat/sikap aku suka bergurau senda, tapi bukan bermakna aku syok dengan orang tu. Aku sangat suka "memerhati" sebelum timbul rasa suka dalam hati. Haha, disebabkan itu, Ben a.k.a www.rutikeben.blogspot.com kata aku takkan kahwin sampai ke tua. Sebenarnya Kahwin ke tidak?...Itu Allah punya kuasa.

Sweet la sangat

Ok,Cj memang tak cun.Tapi,sweet la jugak kan..haha.Oit,stop kutuk2!!

Ok,sekian...Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.