Tuesday, January 15, 2013

Aku mahu hati yang teguh.

Assalamualaikum

Selalu terjadi dalam hidup aku, "tekanan" melampau dari kiri, kanan, depan, belakang sehingga aku seolah-olah sukar bernafas dan lemas walau sebenarnya aku sihat walafiat. Ya, aku sangat benci tekanan yang melampau kerana kadang-kadang tekanan yang tak sihat membuatkan aku tidak redha dan tak reti nak bersyukur dan sering menghitung-hitung ketakberuntungan aku berbanding insan lain...

Berdoa adalah hobi aku. Walau dalam susah mahupun sewaktu melihat muka yang ceria dalam cermin. "Sometimes I have to do what the best for me and my life, not what's best for anyone else."
“Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa.” — Umar Al Khattab

~Izinkan aku terus tersenyum sambil membina semula hati yang pernah runtuh. Aku mahu membina hati yang teguh biar dilanggar ribut taufan,ia tetap kukuh dan utuh... Aku perlu terus berdoa demi kesihatan hatiku kerana Allah yang 'memegang' hati.

THE ONLY PEOPLE WORTHY TO BE IN YOUR LIFE ARE THE ONE'S THAT HELP YOU THROUGH THE HARD TIMES AND LAUGH WITH YOU AFTER THE HARD TIMES PASS.