Saturday, November 10, 2012

Penunjuk Jalan

Assalamualaikum
~✿..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik.. Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..daripada hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikan, sedangkan dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..✿~ ♥♥FB
Saya tak pandai memujuk, maka sila jangan merajuk.
Saya memang suka serius, maka sila jangan bergurau serius.
Saya memang cepat gementar, maka sila tenangkan saya.
Saya memang tak banyak ilmu, maka mari kita berkongsi ilmu.
Saya memang suka membaca, maka sila hadiahkan saya buku.
Saya memang suka bertanya, maka sila jawab soalan saya.
Saya memang suka berbahas, maka jangan biarkan saya melampaui batas.

Saya bukan suka bergaya, maka mari kita amalkan gaya sederhana.
Saya bukan pandai memandu, maka sila hantar saya ke kelas memandu.
Saya bukan berjiwa keras, maka berlembutlah denganku.
Saya bukan spesies model, maka janganlah kutuk body ku.

Sabar sebahagian daripada iman.
Semoga kau sabar denganku dan aku tabah bersamamu.

Dunia bukan destinasi impian.
Syurga menjadi tujuan kehidupan.
Perkahwinan sebagai jambatan,
zuriat keturunan pengukuh jalan ke destinasi tujuan,
isteri solehah ingin aku gapai
di samping si soleh yang setia menunjuk jalan.