Sunday, November 4, 2012

Pang! Kene Lempang

Assalamualaikum
Last week, genaplah usia CJ doploh tahun ++.
Sambut sekali dengan adik = anak buah yang lahir pada tarikh yang sama tapi berbeza tahun. Kitorang sambut awal beberapa jam menjelang tarikh sebenar. Dimulai dengan bacaan doa oleh ayahanda,diikuti dengan sesi potong kek...Ok,done. 

On the day of my birthday, kakak-kakak bawak pegi Teluk Batik. Yeah...I love laut. Tapi, tetap rindu laut  & feri  kat Penang. Sampai sana dah petang. Lepas Zohor bertolak dari rumah terus pergi sana. Lepas tuh adik-adik sambung mandi kat swimming pool dalam kem TLDM. Sakan dorang mandi sampailah ke senja. Cj tak ikut dorang & terus balik rumah akak kat Flat TLDM. 

Adik-adik merangkap anak-anak buah yang dikasihi suruh tido rumah dorang tapi Cj tak dapat penuhi permintaan dorang. Esoknya, Cj ikut kakak sulung balik Penang. Penang tuh dah macam hometown sendiri. Ye la, agak lama jugak duk sana sebelum ni. Kadang-kadang rasa lebih tenang bila balik Penang. Hurm...

Sekarang dah sampai rumah a.k.a Teluk Intan. Bila balik sini, mulalah terasa ada yang tak kena. Moody... Hurm, bila lah Allah nak makbulkan doa supaya dapat berhijrah lagi... Bukak-bukak emel, permohonan kerja/kursus asyik-asyik disqualified. Ahaa,sedeyh giler...

Sedeyh giler. Stress giler. Tido malam pon termimpi-mimpi macam nak sumpah diri sendiri. Last sekali, air mata jernih mula mengalir di pipi. Hahaha, lembik betul! Nasib baik lah Cj perempuan. Kalau lelaki, dah taraf dayus a.k.a pondan nak kena lempang je nih.