Tuesday, November 6, 2012

Minah Rempit Muslimah.

Assalamualaikum
Situasi sekarang ni dianalogikan seperti sedang berada di atas jalan raya,di depan lampu isyarat berwarna kuning. Ada dua pilihan sama ada nak memecut laju atau brek mengejut dan tunggu sehingga lampu isyarat bertukar hijau. Kalau ikut buku panduan jalan raya, sepatutnya WAJIB bersedia untuk berhenti maka perlahankan kenderaan dan berhentilah...Bersabarlah...Menunggulah...

Dalam kepala otak nih, memang selalu je fikir itu fikir ini. Ibarat si rempit, tak pernah fikir untuk patuhi undang-undang. Tapi, itu cuma dikepala. Realitinya, tetap bertindak ikut buku sampai kadang-kadang rasa bosan... Hais, bila lah aku nak bergerak menongkah arus yang berlawanan dengan buku teks mereka..mereka...dan mereka...

Aku bukanlah pengecut cuma aku takut kalau hidup aku jauh dari restu atau redha mak bapak. Padahal orang lain dah sampai ke bulan, aku pulak ibarat pungguk rindukan bulan..erk...(tak kena betul peribahasa nih)... Ape bende ntah yang aku bebelkan nih. 

Secara ringkasnya, aku nak nak nak nak sangat berhijrah dari sini. Ustazah kata, kita perlu berijrah untuk mencapai kejayaan. Hijrah yang paling penting adalah HIJRAH SIKAP. HIJRAH= Berpindah/Berubah daripada yang tak berapa kepada yang lebih baik. 

Ok, pertamanya aku bukanlah adik ipar yang baik. Since aku tak pernah ada adik kandung, maka setakat ini aku hanya boleh bergelar ADIK IPAR. So, aku cuba la jugak jadi adik ipar yang agak baik. Langkah pertama, aku cuba-cuba tolong sama-sama buat kerja di dapur walau selalunya aku cukup malas nak ke dapur bila ipar duai ku dah ada kat rumah. Tapi, tak bermakna aku betul-betul malas, cuma nak bagi peluang dorang amik ati mak mertua dorang. Hakhakhak... 

Memandangkan aku akan kawin (insyaAllah), so aku pun ubah sikap sikit-sikit. Berkemungkinan jugak nanti, aku bakal jadi kakak ipar, maka aku haruslah lebih membiasakan diri bergaul dengan ipar-iparku. Cuma bab gosip-gosip, usik-usik, isu-isu laki-bini, pakaian terkini, tudung terkini, mengumpat orang tu gemuk ke kurus ke etc etc memang aku tak berapa suka nak masuk campur & lebih baik aku join anak-anak buah main game Angry Bird. Tapi, kalau bab bertukar-tukar resepi, tu memang aku suka sangat dengar & tak berapa nak malu untuk bertanya-tanya resepi yang best untuk dicuba. Well, aku kan bercita-cita nak jadi chef untuk suami & bakal anak-anak nanti (InsyaAllah).

Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan diharap bende yang takde, hargai apa yang dah ade. Aku selalu ingatkan diri supaya jangan terlalu mengimpikan material yang orang lain ada tapi aku takde. Sebaliknya, aku selalu cemburu bila tengok orang lain pandai meraikan orang lain, pandai menceriakan orang lain & sangat-sangat menjaga tutur bicara sampaikan aku terjatuh cinta dengan caranya. Aku ni kaku. Beku. Kadang-kadang boleh dikatakan bosan itu aku. Tapi, cemburuku bukan dendam sebaliknya mengambil pengajaran.

Bagi aku, menjadi diri sendiri bukan bermakna tidak berusaha menjadi yang lebih baik. Itu EGO namanya. Hanya dengan ILMU, kita dapat tahu mana yang baik & mana yang betul. Walau kadang aku ingkar akan ilmu itu, sekurang-kurangnya aku punya panduan andai aku tersasar jauh...

Janganlah kamu bicarakan tentang kekuatanmu di hadapan orang yg lemah, janganlah kamu bicarakan tentang kebahagiaanmu di hadapan orang yg sedih, janganlah kamu bicarakan tentang kebebasanmu di hadapan orang yg terpenjara, janganlah kamu bicarakan tentang hartamu di hadapan orang yg fakir, dan janganlah kamu bicarakan tentang kedua ibu bapamu di hadapan orang yg yatim.. Timbangkanlah kata-katamu dan raikanlah perasaan-perasaan orang lain..