Sunday, November 25, 2012

Hijrah

Assalamualaikum

Hari nih, genap seminggu aku meninggalkan kampung halaman. Alhamdulillah. Hajat di hati untuk berhijrah, dah dimakbulkan Allah. Ye, walau taklah jauh sangat, tetap hijrah namanya. 

Seminggu kat tempat baru, jumpa kawan-kawan baru, suasana baru dan yang paling best ada kerja walau gaji tak seberapa. Aku tetap syukur dan redha. 

Bos aku macam tak percaya umur aku doploh-an. Katanya, macam 18 tahun. Kawan-kawan aku pun ada yang tak percaya. Ye lah, muka aku kan muka tak matang. Lagi-lagi masa awal-awal kerja, rasa takut,risau dan tak yakin membuatkan wajah aku kelihatan lebih tak cool. Tapi, ada aku kesah? Haha, buat je kerja, tak payah endah mulut durjana, hati sendiri kena jaga, hati orang lain jangan diluka...

As usual, aku murah dengan senyuman tapi cuma dengan perempuan. Bukan tak ada yang kata aku sombong. Tapi, laki yang kata. Kak aku kata, aku kena open. Berkawan baik dengan laki supaya nanti senang kalau aku perlukan bantuan. Ahh, tengok la nanti. Aku cuba....

Till then. Semoga kita semua diredhai Allah....Amin ya Rabb