Wednesday, October 10, 2012

seMurni Kasih Ramadan

Assalamualaikum

"Mak, boleh tak kalau Murni nak suami yang biasa-biasa je?"
"Biasa macam mana?
"Lelaki yang zuhud. Tak pentingkan dunia semata."
"Tapi, orang zaman sekarang ni ramai yang pentingkan dunia. Semuanya fikirkan pasal duit banyak je. Kau taknak hidup mewah?"
"Tak minat lah mak. Dalam kepala ni fikirkan untuk bayar hutang belajar je. Hal-hal duniawi yang lain Murni dah tak ambil kisah."
"Kau kan belajar tinggi. Tak menyesal kalau akhirnya nanti duduk kat dapur je?"
"Murni takkan menyesal. Murni memang bercadang nak kerja sendiri. Ada banyak masa kat rumah."
"Mak memang suka kalau kau duduk rumah je. Tapi, mengenangkan hutang belajar kau yang menimbun tu, mak harap sangat kau dapat kerja yang bagus. Tapi, kau sabarlah ye."
__________________________________________________

Murni anak Pak Rejab. Gadis yang pemalu walaupun mukanya macam gangster. Dia jarang-jarang senyum walau sebenarnya dia sangat kelakar dan penyayang. 

Sudah hampir dua bulan dia putus tunang dengan lelaki dari Utara tanah air. Lelaki itu bukan pilihan hatinya. Dia cuma menurut kata. Kakak iparnya yang menjadi 'dalang' pertunangan mereka. Segala-galanya diaturkan sewaktu dia masih bergelar pelajar Tahun Satu jurusan Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia (USM). 

"Murni, kak Ijan dah carikan calon untuk kau," ujar emak Murni di hujung talian.
"Calon apa mak?" Murni sengaja bertanya untuk menyembunyikan rasa terkejutnya.
"Calon suami la. Hujung minggu ni pihak lelaki nak datang merisik. Dia berkenan kat Murni lepas tengok gambar Murni."
"Mana aci! Murni tak tengok gambar dia pun lagi. Kenal pun tidak. Macamana tiba-tiba boleh nak datang merisik. Murni taknak. Murni dah ada 'orang' la, mak."
"Sapa? Budak keding yang duk mainkan perasaan Murni tu ke? Mak tak setuju kalau Murni dengan dia."
"Ala mak... Dia baik. Cuma kadang-kadang je dia tak paham perasaan Murni."
"Mak kenal Murni. Serba-serbi. Mak taknak Murni sedih. Lagipun, calon yang Kak Ijan kenalkan ni kawan Kak Ijan. Satu tempat kerja. Kak Ijan dah lama kenal laki tu. Murni belajar je elok-elok sekarang ni. Lepas  habis belajar nanti baru kahwin," panjang lebar hujah emaknya tak mampu dibidas oleh Murni.
"Ye la mak. Murni harap mak tak tersilap buat penilaian," ujar Murni lemah.

Masuk tahun ke-dua di USM, Murni telah menjadi tunangan orang. Dia perlu belajar melupakan Carl si budak keding.Dia bakar diari-diari lama catatan kisah cintanya dengan Carl yang telah bertahun-tahun dikenali. 

>>>>tet...tet...tet....bateri laptop dh critical. letrik lak takde. sambung kemudian...<<<<