Monday, October 15, 2012

Sabar itu bunga, Senyum itu Cahaya. Saya beri cahaya, sapa nak beri saya bunga?

Assalamualaikum
Hari ini, pagi-pagi lagi cuaca dah muram...suram... Awan tengah bersedih, mungkin sekejap lagi awan akan mula menangis. :)

Biarlah awan je yang menangis. Cj taknak menangis kerana hal yang remeh-temeh. Hidup adalah anugerah. Anugerah yang wajar dihargai dengan menambah baik amalan. Hidup nih, bukan sekadar di sini. Kita akan melalui fasa barzakh seterusnya akhirat.

Masa raya hari tu, Cj stay seminggu kat rumah kakak dan Cj terjumpa sebuah buku yang sangat menarik. Dalam tu, ada gambar detail tentang cara pengurusan jenazah daripada awal sampailah cara-cara masukkan mayat ke liang lahad. Tiba-tiba air mata jatuh berlinang. Bukan sebab sedih pakwe dah mati tapi takut macamana keadaan Cj mati nanti...

To be honest, Cj tak pernah belajar cara nak uruskan jenazah secara detail. Even, kalau ada orang meninggal pun, Cj cuma datang melawat keluarga si mati...

Beberapa minggu lepas, Cj terdengar ceramah ustaz Don tentang "anak aset ke syurga atau neraka".... Menusuk sangat bicara ustaz Don walau nadanya rendah dan lembut. Ustaz Don kata, anak yang baik bukan sekadar "jaga solat" seharusnya tahu cara nak menguruskan jenazah...Ditakdirkan ibu ayah kita pergi dulu sebelum kita, wajarlah kita yang menguruskan jenazah mereka. Penghormatan buat mereka buat kali yang terakhir. Sungguh, bercucuran air mata. Cj takde tempat nak share cerita, maka Cj share kat sini.

Lebih-lebih lagi, masa Cj dengar ceramah tuh, ayah Cj baru je pulih daripada demam yang teruk. Seperti yang Cj nyatakan dalam entri-entri sebelum ni, Cj panggil ayah Cj as "bapak". Ye lah, Cj kan orang Jawa walaupun slang Key Ell sangat ketara. Hahaha (poyos).

Kali ini, bapak demam sangat teruk. Bukan saja tak larat berjalan malah tak larat nak duduk. Even, he's on diaper sebab badan lemah sangat. Badan panas sangat. Malam-malam tak dapat tido lenan sebab selalu nampak bayang orang datang bersalam-salam dengan dia. Even, ada satu ketika, dia lupa cara nak solat. Abang Cj pujuk-pujuk nak hantar pergi hospital tapi bapak refuse sebab tak suka dicucuk sana sini.Awal tahun ni, bapak pernah seminggu kat ward. Ward 2C. Masa tu, Cj bergilir dengan mak jaga bapak. Masa tu jugak, Cj quit program GEMS. Akak kata " quit GEMS sebab nak jaga bapak kan? So, jaga bapak elok-elok"...

Jaga orang sakit memang menguji kesabaran. My sis & cousins pun macam paham-paham je. Dorang selalu la jugak SMS..."sabar ye...jaga orang tua memang kena banyak sabar."...Hmm, mula-mula dulu Cj quite janggal la jugak nak menghadapi semua ni. Tapi lama-lama Cj adapt the situation. Selalu ingatkan diri supaya ikhlaskan hati. Segalanya mula dari hati...Allah nilai hati kita...

Apa-apa pon, Cj sangat salute pada mak Cj yang sangat penyabar. Now, bapak dah makin sihat. Dah larat jadi imam mak setiap waktu...Sekarang ni, kitorang memang tak bagi langsung bapak buat kerja sangat. Lagipun, bapak cepat rasa letih. So, mostly bapak akan landing atas katil. Cj bagi bapak buku "ingatlah tempatmu di akhirat" & untuk mak, Cj bagi buku "bunga bahagia"...Dua-dua buku karangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga cinta mereka berdua sampai ke Jannah... Amiinnn...

#Cj tak pandai bercerita. Teringat kat pesanan anak murid "Cikgu, belajarlah cara nak bercerita. Nanti boleh cerita kat kami."...T.T