Tuesday, October 23, 2012

Gudang Garam

Assalamualaikum

Detik perbualan adik dan kakak.
Kakak: Mie, lepas bangun tido, kita kena buat 3 perkara untuk melepaskan diri daripada belenggu syaitan.
Adik: Belenggu tu ape?
Kakak: Belenggu tuh macam kena ikat. Ok, yang pertama, kena Baca doa bangun tido. Lepas tu berwudhuk. Lepas tu, tunaikan solat subuh.
Adik: Kita tak taw macamana nak baca doa bangun tido.
Kakak: Alhamdulil-lahil-la-zi ah'ya na ba'da ma a-ma ta-na wa ilai-hin-nusyur...
Adik: Panjang sangat la.
Kakak: Takpe ucap Alhamdulillah pun boleh. Lepas tu sapu kat muka.
Menjadi seorang kakak kepada adik-adik dalam sekelip mata telah mengubah tingkah laku seorang aku. Kalau dulu, cuma fikir pasal hidup 'aku', sukati aku la. Nak buat jahat ke, nak buat perangai macam nih ke, nak buat perangai macam tu ke...Sukati r...As long as mak bapak percayakan aku...

Tapi, bila tetiba dapat adik-adik yang ramai...tetiba jugak aku kena berubah. Ya, mulanya kerana desakan mak bapak yang nak aku behave tapi akhirnya aku sendiri yang bertekad mahu jadi 'kakak' yang selayaknya dianggap kakak...Ahh, aku jeles dengan kakak-kakak aku yang berjiwa penyayang yang selalu ambil berat tentang aku cuma aku je yang kadang-kadang lebih suka berahsia-tak nak bercerita. So, aku teringin la jugak nak jadi macam kakak-kakak aku yang penyayang tu.... Tapi, mampukah aku??? Hahaha....

Entahlah. Aku cuma nak jadi diri aku sendiri je...Kalau orang lain tak dapat nak terima,perlukah aku berkecil hati?? Tak tak..Dorang yang sepatutnya berkecil hati, aku harus berbesar hati menjadi diri aku sendiri. Kalau aku lain daripada orang lain, tu maksudnya aku nih limited edition...Kalau sama je dengan semua orang, mestilah borink kan? Lepas tuh nanti takde variasi, dah macam cloning je...

Aku nak ngarut panjang-panjang sikit sebab ujung minggu nih raya. Lepas tuh nanti, mesti dah takde masa/peluang nak beronline sebab bagi peluang kat adik-adik bermanja dengan laptop aku. Huh, dorang buat laptop aku macam alat permainan yang berharga RM12.99 je. Tapi, aku tak kisah sangat sebab aku yakin dengan ke-kebalan laptop aku nih. 

Oh, sebenarnya aku nak bercerita tentang rokok. Menurut sejarah di Indonesia, rokok nih asalnya digunakan untuk menyembuhkan penyakit lelah & sesak nafas. Diorang gunakan daun jagung muda sebagai pembalut dan diisikan dengan tembakau dan sedikit hirisan cengkih. Lepas tu, rokok di-komersial-kan dengan nama KRETEK (iaitu bunyi tembakau terbakar)..

Alkisahnya, beberapa minggu lepas, aku jumpa kotak rokok gudang garam kat belakang rumah masa on da way nak petik daun pandan. Ah, dalam fikiran aku dah taw dah sape yang beli rokok tuh. Tak perlu menuduh...Aku malas nak marah sebab orang lain dah tolong marah..So, aku gelakkan je dia... "Apa barang hisap gudang garam..tu bukan rokok embah-embah tuek ke?....Katanya: rokok tuh yang paling murah. Sebatang 50sen....Kataku " Tu lah...dah taw benda tuh mahal, kaw gatal nak hisap jugak. Tak dapat Winston, Gudang Garam kau hisap..sebijik macam orang tua....Hisaplah mild seven ke, dunhill ke....barulah cool."....Ahh, dia tension dan diam.

Dengar kata, sekarang nih dah insaf...Mungkin betul-betul insaf sebab dah tak nampak kotak rokok yang dicuri buang mahupun bau perfume rokok di ketiak baju...

#Selamat Hari Raya Korban.