Tuesday, October 9, 2012

Dia tercipta bukan untukku.

Assalamualaikum
Isnin bersamaan 8 Oktober 2012 merupakan hari konvokesyen si KAWAN FB. Tahniah tapi maaf, sebab tak dapat datang meraikan hari bahagia awak. Hadiah pon tak dapat diberi. Tapi, percayalah, awak ada tempat di hati saya. Maka, sebab itu saya tak kisah walau awak cuma 'cari' saya bila awak tengah sedih atau rasa tak best. 

Setahun yang lalu merupakan saat paling getir dalam hidup saya... Awak baik sangat dengan saya. Awak cuba buatkan saya gembira. Saya takut terjatuh hati dengan awak, lalu saya diamkan diri sebab awak hak orang lain tapi awak tetap 'cari' saya. Tanya keadaan saya, ambil berat tentang saya. Dan kemudian, kita kekal berkawan sampai sekarang.

Ops, saya malas nak puji lebih-lebih. Haha, apa yang penting, saya senang banget berkawan dengan awak. Semoga awak kekal sebagai kawan saya sampai bila-bila. 

I'm the one yang suka menangis sorang-sorang. That is why i like to hide away from others. Yang bestnya, dia dapat 'rasa' & saya sangat tersentuh hati... But, dia tercipta bukan untukku.

Sekian...