Tuesday, October 16, 2012

Di mana ada keladi, disitu ada belalang.

Assalamualaikum
Semalam hujan. Hari ni pun hujan. Hujan-hujan nih, memang best kalau dapat makan makanan. Heh, memang la kan... Minggu nih, 'adik' Cj asyik request nasik goreng. "Acik masak semuanya sedap. Masaklah nasi goreng,cik"<-------ayat pancing. Semalam nasi goreng. Hari ni pun nasi goreng.

Adik: Acik masak nasi goreng apa ni cik? 
Cj: Nasi goreng Jawa. (hentam je bagi nama)
Sebenarnya nasi goreng tuh cuma berbumbukan ikan bilis, cili padi dan sedikit belacan. Tanpa penggunaan bawang sebab budak tu sangat teliti membuang bawang yang terkandung dalam masakan. 

Semalam juga, try buat kuih seri muka. On da way nak petik daun pandan, ternampak sekumpulan belalang atas daun keladi. Dah lepas petik & blend daun pandan, Cj pun capai henpon & snap gambar belalang yang hensem tuh. (Jakun betul kan?) Haha, teringat zaman kanak-kanak riang dulu, suka sangat tangkap belalang lepas tuh patahkan kaki tangan dia satu persatu. Bila mak kata kat akhirat nanti belalang tu hidup balik & 'serang' kita pulak, barulah insaf dan takut nak menganiaya makhluk tuhan tu.

sekawan belalang
Belalang ni boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan. Ikan kecik-kecik dalam parit sangat sedap digoreng garing. Ikan puyu, ikan sepat, ikan kutuk(haruan)...Cj memang tak reti mancing, tapi selalu tolong carikan umpan. Dorang tak suka Cj datang dekat masa dorang mancing sebab Cj suka baling-baling batu dalam parit. Dorang kata, kalau buat macam tu nanti ikan lari. Tapi Cj buat tak peduli je. Haha....Dorang-dorang tu termasuklah abang Cj & anak-anak jiran sebelah rumah. 

anak-anak belalang
Dimana ada keladi, di situ ada belalang. Di mana ada belalang, di situ ada keladi? Hehe, memandai je. Belalang kita bagi ikan makan, batang keladi pulak, kita boleh makan. Batang keladi sangat sedap dimasak asam. Bukan asam pedas ye. Masak Asam. Rumate Cj kata, kalau asam pedas, perencah masakan haruslah ditumis. Tapi, kalau masak asam, tak perlu ditumis... Kesimpulannya, Cj lebih suka masak asam berbanding asam pedas sebab Cj tak suka sangat benda yang berminyak-minyak sebab muka Cj dah cukup berminyak. :
ibarat mencurah air ke daun keladi
Sori la sebab Cj tulis entri dah macam entri makcik-makcik... Sekarang nih, Cj kat kampung kan, haruslah feeling macam orang kampung...."Aku anak kampung, tiada pelajaran....Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan.." Cj tak berharap pon untuk berlama-lama dalam zon selesa = tanpa tekanan kerja ni. Cj just menghargai & menghayati life Cj sekarang ni. Bukan sikit orang yang 'risaukan' situasi Cj nih, tapi ye lah semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Haha, maaf la. In Sya Allah, tak lama dah ni... ku akan pergi jua...

Rambutan dah nak masak
halaman rumah selepas ujan
Sekarang nih, Cj cuba merajinkan diri menanam pokok bunga. First try, pokok bunga matahari. Baru je bertunas. Nanti kalau dah berbunga (harap-harap panjang umur pokok tuh), boleh la Cj share kat sini. Cj saje je cuba-cuba, nak test sama ada jari-jemari ni hijau ke tidak (green fingers)... Hari tuh, pernah la jugak tanam pokok terung, sihat-sihat belaka macam Cj jugakla...haha, compare dengan pokok yang akak Cj tanam...BTW, akak-akak Cj semuanya cun-cun sebab tu la semuanya kawen awal. Cj je yang kurang serba serbi tapi i'm happy for them. Rezeki masing-masing kan....

sila rotate kan kepala untuk imej yang lebih jelas :)
Hidup ini indah bila fikirkan bahawa kita ada tuhan yang Maha Penyayang. Segala rasa duka, gundah-gulana segera luput bila hati dan fikiran selalu ingatkan DIA. Kita tak pernah keseorangan. Dia selalu ada dekat dengan kita... Cj kan anak last. Cj memang selalu sangat rasa lonely.Lagi-lagi bila kena marah. Bila orang judge kita dari sudut pandangan mereka walhal mereka tak kenal pun kita luar dan dalam..So, Cj selalu la pujuk diri sendiri... Sendiri terasa, sendiri la pujuk,kan? 

Ok,Sekian...