Thursday, July 12, 2012

Imej Pengganas

Assalamualaikum
Hari ini genap empat hari aku bergelar 'cikgu'. Cikgu bidan terjun = tiada pengalaman langsung. Baru hari ke-4 bekerja, dah kene cerap a.k.a observe = Nazir masuk kelas masa kita mengajar & nilai cara pengajaran kita. 

Semalam agak berdebar la jugak masa Pen. Kanan hulur kertas. Ingatkan dapat 'surat cinta' rupa-rupanya nota dari Nazir Sekolah yang nak cerap masa mengajar subjek Sains Tahun 3. Adeh...Cuak tapi tak taw nak luah kat sapa sebab belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan guru kat situ. So, senyap je la & pendam rasa nervous tu & masuk kelas untuk mengajar.

Petang semalam, ada mesyuarat Panitia Sains. Masa mesyuarat, Pen. Kanan tanya pasal 'cerap'... So, mulut ni laju je bertanya & meluahkan isi hati. Alhamdulillah, akak tu memahami & dia bagi la sikit-sikit tips untuk menghadapi proses cerap.  Sebenarnya, Pen. Kanan la yang 'offer' jadi guru ganti kat sekolah ni. Alhamdulillah, beliau tak lokek ilmu malah sedia membantu. Rakan-rakan guru panitia Sains pon sangat supportive. Terutamanya Ustaz S..Haha, dia sangat yakin yang aku boleh buat. Dia jugakla yang selalu jadi kaunter pertanyaan a.k.a tempat aku bertanya soalan. Ketua Panitia Sains pon supportive juga. Kesimpulannya, rakan-rakan guru Sains memang terbaekk la... Alhamdulillah. Kurang sikit bebanan dihati.

Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar guru-guru senior, proses cerap pagi tadi berjalan dengan cool nye sebab  aku berjaya menenangkan diri & mengajar tanpa rasa gelabah. Nazir puas hati & katanya masih boleh diperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Dapat gred B untuk newbie yang baru 4 hari bekerja, bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah banyak-banyak..

Memandangan mood Nazir agak okay tadi, aku meluahkan la masalahku yang sangat susah nak kawal kelas & kadang-kadang membuatkan aku givap. Si suaminya mencelah: Mulai sekarang, kamu kena ubah imej. Kena berimej pengganas.....Abang aku merangkap cikgu senior banyak gak pesan sal ilmu-ilmu perguruan ni. Katanya: kawalan kelas paling penting, kalau fail, memang out la...Jangan layan sangat karenah budak (dia kan abang aku, mesti la dia paham perangai aku)..Ahh, takpe. Aku akan cuba sedaya upaya-sebaik mungkin untuk cukupkan sebulan.

Sekolah tempat aku mengajar ni adalah sebuah sekolah agama swasta. Waktu mengajar wajib pakai tudung labuh  macam budak-budak sekolah agama pakai tapi bolehla pakai kaler ape pon. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak bertudung labuh...Mungkin sekarang ni cuma berudung labuh masa mengajar, esok-esok aku nak cuba kekal dengan tudung labuh. Best! Tertutup semua. Rasa selamat. Hehe, tapi aku pakai tak bape kemas sebab malas giler nak letak jarum peniti kat tudung. 
 
Ok, sekian. Banyak tugasan perlu diselesaikan. Rabbi Yassir wala Tu'assir.

#Guru ganti je..untuk sebulan...tapi banyak keja weyh....Semoga terus tabah.Amin Ya Rabb